Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

Dun Sabah: Nurul Izzah,...

KOTA KINABALU - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan usul...

Pasangan Suami Isteri Ditahan,...

KAJANG – Pasangan suami isteri ditahan kerana disyaki mendera anak angkat perempuan yang...

Kabel Dasar Laut Sea-Me-We...

SINGAPURA - Kabel dasar laut Asia Tenggara-Timur Tengahh-Eropah Timur 5 (SEA-ME-WE 5) berjaya...

Taman Tema Laut Interaktif...

LANGKAWI : Taman tema laut interaktif pertama di Asia, Perdana Quay Eco Marine...

Mangsa Puting Beliung Di Pendang Dapat Perhatian

PENDANG – Nasib mangsa kejadian puting beliung yang melanda Kampung Alor Besar di sini, yang merosakkan beberapa buah rumah dan sebuah sekolah petang semalam mendapat perhatian beberapa pihak.

Hari ini, beberapa jabatan dan agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil membantu penduduk kampung terlibat.

Umno Bahagian Pendang akan bertindak menyelaraskan bantuan keperluan seperti keperluan makanan serta pakaian kepada mangsa yang terlibat secepat mungkin bagi membantu meringankan beban yang ditanggung mangsa.

Ketua Umno Bahagian Pendang Datuk Mohd Rozai Shafian berkata Tabung Bencana Alam akan diwujudkan dan dikendalikan oleh pejabat daerah bersama agensi dan jabatan terlibat bagi membantu mangsa yang ditimpa bencana itu.

Katanya bantuan awal seperti beras dan keperluan makanan disumbangkan oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) manakala bantuan lain akan menyusul terutama bantuan membaiki rumah serta sekolah.

Setakat ini 11 buah rumah dikenal pasti rosak teruk dan perlu dibaiki segera.

Sehubungan itu, Mohd Rozai yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah meminta penduduk yang terlibat segera membuat laporan polis bagi memudahkan bantuan disampaikan.


Katanya kerajaan negeri akan terus membantu mangsa-mangsa puting beliung ini terutama bagi membaiki rumah dan menyediakan bantuan susulan kepada mereka.

” Kita ada tabung bencana melalui pejabat daerah dan ini yang kita nak selaraskan daripada pejabat daerah, jabatan kebajikan, agensi seperti Mada yang juga berhasrat untuk memberi bantuan dan NGO serta pertubuhan sukarela seperti JPAM (Jabatan Pertahanan Awam) yang datang membantu membuat pembersihan.

Kita minta pejabat daerah selaraskan kerja-kerja pemulihan segera. Pihak TNB (Tenaga Nasional Berhad) juga telah memberhentikan bekalan elektrik semalam,” katanya ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan Alor Besar di sini hari ini.

Sekolah itu terjejas teruk, sehingga sesi persekolahan hari ini terpaksa diberi cuti khas.

Sementara itu, kira-kira 100 murid sekolah itu diarahkan pulang ke rumah mereka pada pukul 9.30 pagi tadi bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan dilakukan anggota JPAM dan Rela Pendang.

Tinjauan di sekolah itu mendapati keadaan terlalu teruk dengan kantin, makmal komputer, dewan peperiksaan dan bangunan untuk prasekolah rosak teruk. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori