• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Nahas MH17 Dianugerah Ijazah Sarjana

oleh Ahmad Albab
16/10/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mendiang Elisabeth Ng Lye Ti, yang merupakan mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 dianugerahkan Ijazah Sarjana dalam Pengurusan dari Universiti Malaya (UM) pada Selasa.

Penganugerahan itu dilaksanakan menerusi sistem Aegorat yang membolehkan ia diberikan kepada wakil pelajar yang sudah meninggal dunia.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Pro Canselor UM, Datuk Seri Dr Aishah Ong kepada kakak mendiang, Shi Yan yang mewakili adik perempuannya pada majlis konvokesyen universiti itu.

Dekan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan UM, Prof Mohd Nazari Ismail berkata, Elisabeth telah melengkapkan lebih 80 peratus daripada program Sarjananya dan berhak untuk dianugerahkan ijazah itu.

“Ini memperlihatkan bahawa kita berpandangan bahawa dia (mendiang) merupakan pelajar yang sangat bagus tetapi tidak bernasib baik untuk menyempurnakan programnya,” katanya.

Beliau berkata, Elisabeth mempunyai setahun sahaja lagi dengan satu subjek dan satu projek penyelidikan sebelum menamatkan pengajian.

Beliau turut memperjelaskan bahawa sistem Aegrotat itu merupakan tradisi universiti yang boleh menganugerahkan pelajar yang sudah meninggal dunia.

Sementara itu, Shi Yan enggan ditemubual oleh pemberita.

Elisabeth, kakaknya Shi Ing dan anak saudara lelakinya Benjamin Jian Han Lee merupakan antara 43 rakyat Malaysia yang maut dalam nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Majlis konvokesyen UM yang berlangsung lima hari itu menyaksikan seramai 5,273 graduan menerima ijazah. – mStar

Tags: MH17
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

17/11/2022
0

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd