• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malindo Air Mulakan Penerbangan Ipoh-JB, Ipoh-Medan Hari Ini

oleh Ahmad Albab
17/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan hibrid Malaysia, Malindo Air memulakan penerbangan dari Ipoh, Perak ke Johor Baharu, Johor dan ke Medan, Indonesia hari ini.

Ini menyusuli pelancaran penerbangan tiga kali seminggu Subang-Ipoh awal bulan ini, kata syarikat itu dalam kenyataan di sini.

Pada masa ini Malindo Air menawarkan tambang promosi RM70 sehala termasuk semua untuk Ipoh-Medan, manakala tambang Ipoh-Johor Baharu pula serendah RM79 sehala termasuk semua.

Penerbangan ke Medan adalah setiap hari, manakala ke Johor Baharu pula empat kali seminggu.

Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air Chandran Rama Murthy berkata penerbangan baharu ke Johor Baharu dan Medan dijangka dapat menggalakkan pergerakan lebih banyak penumpang di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah yang baru dinaik taraf.

“Pelaksanaan penerbangan dari Ipoh merupakan strategi kami untuk mengembangkan rangkaian laluan kami di Semenanjung Malaysia.

“Ipoh mempunyai banyak potensi dalam sektor pelancongan terutama ekopelancongan dan pelancongan perubatan. Selain itu, kami juga berpandangan dengan menghubungkan Ipoh dan Medan akan memacu industri pelancongan di kedua-dua bandar raya serta melonjakkan pembangunan ekonomi,” katanya.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang www.malindoair.com bagi membuat tempahan dalam talian dan pengguna telefon pintar pula boleh memuat turun aplikasi Malindo Air daripada Google Play.

Malindo Air merupakan syarikat penerbangan hibrid Malaysia yang pangkalan utamanya ialah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan Subang Skypark di Selangor. – BERNAMA

Tags: Malindo Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malindo Air Perkenal Laluan Penerbangan Kota Bharu-Langkawi

05/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Malindo Air membuka tempahan untuk laluan penerbangan baharu Kota Bharu-Langkawi-Kota Bharu bermula 27 Januari ini. Malindo Air...

Malindo Air Gantung Penerbangan Ke Tianjin, Guangzhou

03/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Malindo Air menggantung dua lagi penerbangan antarabangsa antara Malaysia dan China berikutan penularan novel koronovirus 2019 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd