• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tidak Akan Laksana CGT – Ahmad Maslan

oleh Ahmad Albab
14/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Malaysia tidak akan melaksana Cukai Keuntungan Modal (CGT) kerana ia akan menjejaskan pelaburan langsung domestik (DDI) dan pelaburan langsung asing (FDI) negara, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata berdasarkan analisis dan pandangan pakar-pakar cukai di Malaysia, CGT akan menjejaskan DDI dan FDI negara, selain keuntungan modal tidak dapat diagihkan sepenuhnya untuk penggunaan.

“Akibatnya, pelabur dalam negara dan luar negara tidak dapat keuntungan sewajanya daripada hasil usaha mereka. Mereka tidak boleh menggunakan modal untuk mengembangkan perniagaan dan pelaburan di negara ini jika CGT dilaksanakan.

“Pada pandangan kita, pelaksanaan CGT akan menyebabkan hasil ekonomi negara terjejas kerana DDI dan FDI akan merosot, dan tidak menjadi motivasi untuk menarik pelaburan asing. Pada masa yang sama, ia juga menaikkan kos pelaburan,” katanya pada majlis taklimat Bajet 2015 di Lembaga Hasil Dalam Negeri di sini hari ini.

Ahmad berkata Malaysia hanya mengenakan CGT secara terhad ke atas keuntungan jualan hartanah yang dikenali sebagai Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) untuk mengelak hartanah dijadikan bahan spekulasi dan manipulasi untuk mengaut keuntungan melampau.

Pakatan Rakyat sebelum ini mencadangkan CGT dilaksanakan bagi menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) yang akan mula dilaksanakan pada April tahun depan.

CGT ialah cukai yang dikenakan dan dipungut daripada hasil keuntungan penjualan dan urus niaga saham, bon, emas, opsyen saham dan sebagainya.

Sementara itu, Ahmad juga membidas pembangkang yang memutar belit fakta mengenai pelaksanaan CBP dengan tidak menyatakan bahawa pengguna kini juga membayar cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

“Apa yang dinyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbahasan di Parlimen semalam amat mengelirukan, seolah-olah CBP merupakan satu sistem percukaian baharu yang membebankan rakyat, sebaliknya kadar SST yang dilaksanakan sekarang adalah lebih tinggi dan ia adalah cukai atas cukai.

“Kini, di bawah SST, pengguna kena membayar 15 hingga 18 peratus ke atas barangan dan perkhidmatan. Dengan pelaksanaan CBP nanti, pengguna hanya akan dikenakan enam peratus sahaja. Kerajaan melaksanakan CBP untuk mengurangkan beban rakyat,” katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata petrol RON97 akan dikenakan CBP.

“Harga runcit RON97 tidak bersubsidi dan ia bergantung pada harga pasaran. Apabila dilaksanakan kelak, RON97 tidak dikecualikan CBP,” katanya sambil menambah bahawa penggunaan RON97 dalam negara kira-kira tiga peratus.

Dalam pembentangan Bajet 2015 Jumaat lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa penjualan runcit petrol RON95, diesel dan LPG diberikan pelepasan CBP dengan memperuntukkan jumlah subsidi lebih RM21 bilion, namun petrol RON97 tidak disebutkan secara khusus.

Sementara itu ketika bercakap kepada pemberita di lobi Parlimen, Ahmad berkata Ahmad yang juga anggota parlimen Pontian, berkata pembangkang sengaja berpura-pura tidak memahami CBP dan memutar-belitkan perkara tersebut bagi mengelirukan rakyat.

“Pembangkang hanya tahu menghentam kerajaan, bukannya memahami dahulu sesuatu perkara sedangkan kita mahu gantikan suatu sistem percukaian kepada sistem yang lebih baik,” katanya.

Beliau juga berkata pelaksanaan Cukai Pewarisan (IT) dalam sistem percukaian sedia ada juga bakal mewujudkan ketidakseimbangan dan bebanan terhadap golongan berpendapatan tinggi yang terpaksa menjelaskan lima bayaran cukai termasuk  cukai syarikat, pendapatan dan CGT.

“Kerajaan pernah laksanakan IT tetapi kutipan daripada cukai itu tidak banyak, sekali gus meningkatkan jurang cukai yang setakat ini berkadar antara 20 hingga 25 peratus,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ahmad Maslan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Bom Bukit Bintang : Ah Hai Tampil Beri Keterangan

Next Post

Isteri Radhi OAG, Nur Shahira Hamil Lima Bulan

Related Posts

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

26/10/2024
0

Pontian : Permohonan maaf secara terbuka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dianggap...

Muhyiddin Guna Aset Kerajaan – Ahmad Maslan

Muhyiddin Guna Aset Kerajaan – Ahmad Maslan

05/10/2023
0

BENTONG : Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan yang terbabit dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan...

Next Post

Isteri Radhi OAG, Nur Shahira Hamil Lima Bulan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd