• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tak Tawar Kemudahan Tentera Kepada AS

oleh Ahmad Albab
09/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia menafikan menawarkan kemudahan ketenteraan kepada Amerika Syarikat (AS) bagi menempatkan pesawat peronda meritime P-8A Poseidon milik negara itu di Sabah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, wujud salah faham berhubung kenyataan Ketua Operasi Tentera Laut AS, Jonathan W Greenert yang dilaporkan media sebelum ini, kononnnya Malaysia menawarkan kemudahan berkenaan.

“Berkenaan penawaran kemudahan tentera laut Sabah untuk menempatkan P-8A Poseidon milik Amerika Syarikat, pihak kerajaan menafikan sekeras-kerasnya akan kenyataan itu.

“Malahan pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) pada masa ini tidak mempunyai kemudahan untuk menempatkan pesawat jenis berkenaan di Sabah,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau menjawab soalan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang bertanya mengenai kesahihan kenyataan Greenert bahawa Malaysia menawarkaan kemudahan ketenteraan bagi menempatkan pesawat Poseidon seperti yang dilaporkan dalam majalah Sea Power Magazine.

Selain itu, Hishammuddin berkata, semua pesawat ketenteraan asing perlu mendapatkan kelulusan Kementerian Luar Negeri sebelum dibenarkan menggunakan kemudahan di negara ini.

“Sesuatu kelulusan akan dibuat berdasarkan case by case seperti yang dilaksanakan semasa misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di kawasan Laut China Selatan dan Selat Melaka,” katanya.

Mengulas mengenai kehadiran tentera AS di beberapa lokasi di negara ini, Hishammuddin berkata, ia merupakan sebahagian daripada kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara melalui memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani pada 22 Jun 1990.

“Suka saya tegaskan di sini, kerjasama latihan ketenteraan bukannya dibuat secara adhoc, tetapi ianya perlu melalui proses-proses tertentu iaitu melalui perjanjian latihan di antara kedua-dua negara yang dimeterai menerusi MoU.

“Berkenaan jaminan terhadap rahsia keselamatan negara, sehingga kini tidak ada petunjuk terdapatnya kehadiran perisik tentera asing ke negara kita yang terlibat dalam latihan bersama,” katanya. – mStar Online

Tags: Amerika SyarikatHishammuddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

31/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Dr. Omar Suleiman hari ini. Menurut laman media...

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd