• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Sedia Perkhidmatan Kelas Dunia – KSN

oleh Ahmad Albab
25/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sistem penyampaian perkhidmatan awam Malaysia meningkat dengan ketara dalam tahun-tahun kebelakangan ini seiring dengan usahanya menyediakan perkhidmatan awam bertaraf dunia, menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat mengikut jangkaan dan permintaan mereka yang semakin meningkat.

Meskipun begitu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata kerajaan mengakui bahawa masih terdapat banyak cabaran dan ruang untuk penambahbaikan dilakukan.

“Sebagai contoh, untuk merapatkan jurang antara aspirasi dasar dan penyampaian perkhidmatan, kami telah meningkatkan pembabitan secara lebih menyeluruh dengan pelbagai pemegang kepentingan, termasuk tenaga kerja dalam perkhidmatan awam.

“Model baharu kerjasama dan perkongsian strategik sedang dibentuk dan zaman (yang menyatakan) ‘kerajaan lebih tahu’ sudah semakin berlalu dan menjadi sejarah,” katanya dalam satu temu bual dengan Bernama di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, sempena persidangan dwitahunan Pertubuhan Komanwel Bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) 2014, yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir Selasa lepas.

Bertemakan ‘Transformasi Perkhidmatan Awam: Suatu Bicara Baharu’, persidangan yang dinajurkan dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Sekretariat Komanwel dihadiri kira-kira 1,500 peserta dari 53 negara.

Bersempena dengan persidangan itu, satu Forum Media Komanwel yang julung kali diadakan dan dihoskan bersama oleh Pejabat Ketua Setiausaha Negara dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, Bernama.

Ali juga berkata media sosial semakin banyak digunakan sebagai platform untuk mendapatkan pandangan dan penglibatan lebih meluas daripada komuniti pemegang kepentingan, dan pada waktu yang sama, untuk menyalurkan mesej kepada masyarakat.

“Kita perlu mempunyai penjawat awam yang cekap, mempunyai kemahiran serta pengetahuan diperlukan untuk melaksanakan dasar yang ditetapkan kerajaan.

“Ini bererti kita perlu melabur dalam pembangunan modal insan, melabur dalam pembinaan kemahiran, yang bukan sahaja relevan untuk hari ini, tetapi juga kemahiran baharu yang sedang muncul untuk membolehkan perkhidmatan awam meningkatkan prestasinya, bukan sekadar melaksanakan proses melangkaui proses tradisional,” katanya.

Ali berkata merekayasa organisasi awam juga merupakan suatu keperluan kerana organisasi ini perlu menjadi lebih tangkas dan responsif terhadap keperluan perubahan.

“ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) juga akan terus digunakan dan dimanfaatkan untuk mengurangkan lapisan birokrasi yang begitu terkenal dalam perkhidmatan awam,” katanya.

Ali, yang dipilih sebagai Presiden CAPAM yang baharu, berkata persidangan dwitahunan itu adalah wahana yang baik untuk berkongsi amalan terbaik, terutama dengan negara anggota Komanwel yang kaya sejarah dan perkembangan pengalaman.

“Malaysia berasa lebih daripada gembira untuk berkongsi kejayaan dan pada masa yang sama, belajar daripada orang lain,” katanya.

Ali mencadangkan CAPAM menyegarkan kembali profil atau jenamanya dalam Komanwel dan di luar lingkungannya, memberi tumpuan terhadap usaha membantu negara-negara anggota yang terdiri daripada negara kepulauan kecil yang sedang membangun.

Tambahnya, CAPAM akan melakukan pendekatan serantau dengan transformasi dan tadbir urus yang baik dalam perkhidmatan awam sebagai bidang tumpuan utama.

Beliau berkata kekuatan utama Komanwel dan CAPAM adalah kemampuannya untuk bersuara dengan satu nada, tanpa mengorbankan kekayaan ciri kepelbagaian yang dimilikinya dan capaian daripada segi geografi.

“Integrasi global menjadikan kita lebih rapat dan keakraban ini sekali gus boleh meningkatkan stres serta juga membuka peluang baharu. Dengan berlandaskan semangat perpaduan dan matlamat yang dikongsi bersama serta untuk memanfaatkan peluang yang ada, kita perlu mencari cara yang bersifat imaginatif, kreatif dan inovatif untuk menggunakan potensi mesyuarat atau persidangan CAPAM serta rangkaiannya untuk meluaskan dan menyuburkan lagi jalinan laman yang kita kongsi bersama,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ali Hamsa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Allahyarham Ali Hamsa Diberi Penghormatan Terakhir

25/04/2022
0

PUTRAJAYA : Lebih 500 orang hadir ke Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) di sini bagi...

Jenazah Allahyarham Ali Hamsa Dibawa Pulang Isnin Ini

23/04/2022
0

PUTRAJAYA : Jenazah Allahyarham Tan Sri Dr. Ali Hamsa akan dibawa pulang ke Malaysia bagi penghormatan terakhir dan dikebumikan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd