Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Zulfadli, Chun Seang ‘Kantoi’...

PERBUALAN dua pemain badminton negara yang digantung semalam, Zulfadli Zulkiffli dan Tan Chun...

Fazrul Sham Optimis Bangkit...

AHMAD Fazrul Sham yakin mampu mempamerkan aksi terbaik dalam saingan kelas CP150 walaupun...

“Jangan Bagi Orang Lain...

PETALING JAYA - “Jangan benarkan orang lain membuka pintu belakang.”Demikian pesanan bekas Perdana...

Calon PN Untuk PRN...

PUTRAJAYA : Senarai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor daripada Perikatan Nasional (PN),...

Malaysia Sedia Berdepan Penularan Ebola

KUALA LUMPUR – Situasi kejadian wabak penyakit virus Ebola (Ebola virus disease; EVD) yang melanda beberapa buah negara di Afrika Barat masih dipantau secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan.

Situasi tersebut masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk reda. Beberapa kes telah mula dilaporkan di luar Afrika seperti kes import pertama di Amerika Syarikat yang dilaporkan pada 24 September 2014 dan terkini pada 6 Oktober 2014 di Sepanyol melibatkan seorang anggota kesihatan.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan akan terus memperkukuhkan tahap kesiapsiagaan dan respon bagi menghadapi sebarang kemungkinan penularan penyakit EVD ke dalam negara.

Adalah amat penting semua fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta yang terlibat dalam pengurusan kes jangkitan EVD memahami dengan jelas definisi kes PUI (Person Under Investigation) EVD atau disyaki EVD yang digunakan. Ini adalah untuk memastikan pengamal perubatan dapat mengenalpasti kes PUI EVD, merujuk kes disyaki ke hospital yang dikenalpasti untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.

Langkah-langkah pencegahan dan kawalan sewajarnya adalah penting bagi mencegah sebarang penularan kes EVD dalam negara.

Definisi kes PUI-EVD yang digunakan melibatkan kriteria dari aspek klinikal dan epidemiologikal. Dari aspek klinikal, ia meliputi pengesanan gejala demam dengan gejala tambahan seperti sakit kepala, sakit otot, muntah, cirit birit, sakit perut atau pendarahan dan aspek epidemiologikal, iaitu sejarah risiko pendedahan sepanjang tempoh 21 hari sebelum individu terbabit mula bergejala, seperti berikut:

a) mempunyai kontak langsung dengan cairan badan atau mayat individu lain yang diketahui menghidap EVD atau disyaki menjangkiti penyakit tersebut;
b) mempunyai sejarah perjalanan atau merupakan masyarakat dari tempat yang melaporkan penularan jangkitan EVD yang aktif; Atau
c) terlibat dalam mengendalikan secara langsung kelawar atau sebarang jenis haiwan lain yang berpotensi menyebabkan jangkitan di kawasan endemik EVD.

Kes definisi ini digunakan untuk mengenalpasti PUI EVD (disyaki EVD) tidak hanya terhad kepada warga Afrika tetapi juga warganegara Malaysia atau warganegara lain yang mempunyai sejarah tinggal, bekerja atau melawat ke negara dijangkiti.

Buat masa ini negara-negara yang paling terjejas dengan jangkitan (senarai negara terlibat akan disemak dari semasa ke semasa berdasarkan laporan daripada pihak WHO) adalah:-


i. Guinea
ii. Liberia
iii. Sierra Leone
iv. Nigeria

Kementerian Kesihatan telah mengenalpasti sebanyak 21 buah hospital dari seluruh negara untuk menerima rujukan kes PUI-EVD untuk tujuan pengurusan awal dan pengesahan jangkitan.

Bagi kes yang disahkan positif jangkitan EVD melalui ujian makmal pula, akan dirawat di tiga (3) buah hospital khas yang dikenalpasti iaitu Hospital Sungai Buloh bagi Semenanjung Malaysia, Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu Sabah dan Hospital Umum Kuching Sarawak.

Sebanyak 20 makmal di hospital dari seluruh negara telah dikenalpasti untuk menjalankan ujian rutin bagi pengurusan kes PUI-EVD. Manakala sebanyak tiga (3) makmal yang boleh menjalankan ujian pengesanan EVD iaitu di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) Sungai Buloh dan Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu.

Kementerian Kesihatan juga sentiasa menilai status kesiapsiagaan dan respons dari semasa ke semasa dengan mengadakan latihan simulasi di pelbagai peringkat KKM di mana buat masa ini empat (4) sesi latihan simulasi telah diadakan dan terkini terlibat dalam latihan simulasi EVD yang dianjurkan oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) peringkat Western Pacific Regional Office pada 8 Oktober 2014.

Kementerian Kesihatan mempertingkatkan kerjasama rapat dengan berbagai kementerian dan agensi yang berkaitan (multi-sectoral collaboration) dalam usaha mencegah penularan penyakit EVD ke dalam negara.

Terkini pada 8 Oktober 2014 satu mesyuarat interagensi telah diadakan yang dipengerusikan oleh Menteri Kesihatan bagi menerangkan situasi semasa wabak EVD dan peranan yang boleh dimainkan oleh setiap agensi yang berkaitan bagi membantu Kementerian Kesihatan dalam mencegah kemungkinan jangkitan dan penularan EVD di Malaysia.

SUMBER: Kementerian Kesihatan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori