• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Perlukan Akta Hasutan – Mohamad Hasan

oleh Ahmad Albab
19/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Malaysia memerlukan Akta Hasutan 1948 bagi menjaga sensitiviti masyarakat pelbagai kaum di negara ini, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Memang benar, akta ini diperkenalkan oleh British semasa zaman penjajahan namun, secara amnya mereka mempunyai fikiran serta pandangan yang
jauh.

“Ini kerana rakyat di Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang perlu dijaga tahap sensitiviti agama, bahasa dan kebudayaan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) dan perasmian persidangan perwakilan ke-61 Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PV-ATM) cawangan Negeri Sembilan di sini, semalam.

Menurutnya pihak asing tidak harus campur tangan dan bersikap mendesak dalam perkara itu kerana ia menggugat kesejahteraan dan keharmonian
rakyat.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan PV-ATM cawangan Negeri Sembilan membuat resolusi menggesa kerajaan supaya tidak tunduk kepada desakan pihak-pihak yang meminta akta itu dimansuhkan.

Mohamad juga meminta bekas tentera di seluruh negara supaya mendaftar seabagi anggota PV-ATM bagi membolehkan mendapat bantuan buat diri mereka dan keluarga.

Selain itu, beliau berharap Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dapat memberikan latihan sewajarnya kepada tentera dalam penyediaan ke dunia persaraan.

Pada majlis itu, Mohamad menyampaikan PJM kepada 70 veteran PV-ATM Negeri Sembilan. – BERNAMA

Tags: Akta Hasutan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kira-Kira 22 Terkorban Banjir Landa Nicaragua

Next Post

Pemikat Ayam Hutan Parah Kena Peluru, Warga Emas Ditahan

Related Posts

Polis Cadangkan Hadi Dituduh Bawah Akta Hasutan

Polis Cadangkan Hadi Dituduh Bawah Akta Hasutan

04/09/2023
0

Polis akan mencadangkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menuduh Presiden PAS Abdul Hadi Awang bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan...

Ahli DAP Paloh Direman Tiga Hari Bawah Akta Hasutan

11/04/2022
0

Seorang ahli DAP bahagian Paloh ditahan di rumahnya lewat tengah malam tadi kerana didakwa menghasut melalui kiriman Facebook yang dibuat...

Next Post

Pemikat Ayam Hutan Parah Kena Peluru, Warga Emas Ditahan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd