Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

2 Pemancing Hilang Selepas...

JOHOR BAHRU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan menggerakkan operasi mencari...

Hadapi Cabaran Revolusi ICT...

KUALA LUMPUR – Masanya sudah tiba bagi pemegang taruh dalam kesatuan sekerja mencari...

Katy Perry Ungguli Carta...

PENYANYI Hollywood, Katy Perry telah dinobatkan sebagai penyanyi wanita paling kaya bagi tahun...

Janin Anjing Ditemui Disangka...

TAWAU - Janin yang dtemui orang awam di lantai belakang sebuah kedai sukan...

Malaysia Perlu Lebih Ramai Pakar Pengurusan Data – Shabery

PUTRAJAYA – Malaysia memerlukan lebih ramai pakar untuk pengurusan data sempurna dan sistematik kerana data boleh membawa sumber kekayaan baru kepada negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata memiliki data yang pelbagai dan pengurusan data yang sempurna boleh menjadi kelebihan bagi sesebuah negara.

“Dalam zaman serba canggih sekarang, cara menguruskan data amat penting. Jadi, kita perlukan ramai pakar…sebab itu seorang ketua saintis data perlu ada,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Pelaksanaan MSC Malaysia Ke-26 di sini, hari ini.

Pada mesyuarat itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kerajaan mempertimbang untuk melantik Ketua Saintis Data dalam waktu terdekat.

Kerajaan juga akan menyediakan biasiswa bagi membolehkan lebih ramai rakyat negara ini dilatih sebagai saintis data.


Ahmad Shabery berkata pada masa ini, bukan semua data berkaitan kerajaan rahsia kerana ada juga yang boleh dimaklumkan kepada awam.

“Ada perkara (data) yang orang ramai boleh dapat, ada yang terhad, ada rahsia dan ada sulit. Sebab itu, kita perlu pastikan ia diuruskan dan diklafisikasikan dengan baik,” katanya.

Beliau berkata selain saintis data untuk membangunkan industri, Data Analisis Besar (BDA) juga memerlukan lebih ramai data profesional menjelang 2020.

“Setakat ini, negara kita cuma ada kira-kira lebih 1,000 sahaja data profesional sedangkan negara memerlukan antara antara 6,000 hingga 8,000,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori