Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Rayan Ditemui Tidak Bernyawa

IGHRANE : Rayan Oram, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terjatuh dan terperangkap...

Tiket Final Piala Malaysia...

KUALA TERENGGANU - Pertembungan final Piala Malaysia 2018 antara Terengganu FC (TFC) dengan...

LRA Tualang 2 Manfaatkan...

Kuala Krai : Loji Rawatan Air (LRA) Tualang 2 mampu menampung keperluan 5,000...

Lelaki Berpakaian Perempuan: Jangan...

IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang...

Malaysia, AS Meterai Kerjasama Imigresen

WASHINGTON DC – Malaysia dan Amerika Syarikat menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi merintis jalan kepada kerjasama rasmi antara pihak berkuasa imigresen kedua buah negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menandatangani perjanjian itu dengan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Amerika, Jeh Johnson.

Zahid berkata, MoU itu antara lain menyentuh kerjasama berkaitan mekanisme saringan kemasukan pengunjung ke Malaysia.

Di samping itu, katanya, ia juga membolehkan Jabatan Imigresen Malaysia menjalani pelbagai program bersama Jabatan Kastam dan Kawalan Sempadan Amerika Syarikat.

Menyedari bahawa jenayah merentas sempadan melibatkan pergerakan manusia dan perbuatan melakukan jenayah merentas sempadan antarabangsa, Zahid berkata ini memerlukan kawalan di sempadan diperketatkan.


“Kita perlu menyediakan pegawai Imigresen kita dengan latihan berkaitan dan program membina keupayaan dan juga melengkapkan mereka dengan peralatan moden dan canggih,” katanya.

Sehubungan itu, Zahid berkata terdapat keperluan untuk membandingkan amalan terbaik negara-negara lain.

Beliau menyifatkan kerjasama antara kedua buah negara sebagai penting bagi memerangi ancaman jenayah merentas sempadan yang dihadapi negara-negara yang berdaulat di seluruh dunia. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MoU

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori