• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malala Dianugerahkan Pingat ‘Liberty’

oleh Ahmad Albab
22/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PHILADELPHIA – Malala Yousafzai, aktivis hak asasi kanak-kanak dan penerima termuda Hadiah keamanan Nobel, dianugerahkan Pingat ‘Liberty’ semalam dan berikrar akan mendermakan hadiah wang tunai AS$100,000 yang diterimanya kepada pendidikan di kampung halamannya di Pakistan.

Malala memenangi hadiah tahunan itu daripada ‘National Constitution Center’ (NCC) kerana keberanian dan ketabahannya menghadapi dugaan dan bersuara lantang bagi pihak mereka yang dinafikan hak asasi manusia dan kebebasan.

Dalam ucapannya remaja 17 tahun itu menyatakan hasratnya untuk melihat 57 juta kanak-kanak yang tidak bersekolah diberikan hak terhadap pendidikan, yang kira-kira dua minggu lalu juga menerima hadiah Nobel bersama Kailash Satyarthi dari India.

“Saya amat berbesar hati untuk menerima hadiah ini,” katanya dalam ucapannya yang diselang seli dengan senda gurauan.

“Ia menggalakkan saya untuk meneruskan kempen untuk pendidikan dan perjuangan hak asasi setiap kanak-kanak,” tambahnya, sambil mengumumkan hasratnya untuk menyalurkan wang tunai yang diterimanya bagi tujuan pendidikan di Pakistan.

Beliau menyeru negara di seluruh dunia supaya menghentikan perbelanjaan wang untuk senjata dan sebaliknya melabur dalam masa depan anak mereka.

“Pendidikan adalah senjata terbaik yang mana menerusinya kita dapat melawan kemiskinan, kejahilan dan keganasan. Oleh itu saya menggesa semua negara di dunia, marilah kita katakan tidak kepada peperangan,” tegasnya.

Pelajar berkenaan, yang kini tinggal di Britain, mula dikenali di Pakistan ketika berkempen untuk hak kanak-kanak perempuan untuk mendapatkan pendidikan.

Pada Oktober 2012, beliau ditembak di kepala oleh seorang lelaki bersenjata Taliban dan dipandang serong serta dibenci oleh ramai orang di Pakistan.

Malala kemudian dipindahkan ke Britain dan pulih daripada kecederaannya dan kini menghadiri sekolah di negara berkenaan serta terbang ke seluruh pelusuk dunia bagi menjuarai isu pendidikan menerusi Tabung Kebajikan Malala.

“Keberanian Malala bagi mendapatkan kebebasan dan keadilan daripada kekejaman adalah bukti bahawa seorang pemimpin yang komited, tidak kira usia, mempunyai kuasa untuk menyemarakkan gerakan pembaharuan,” kata Pengerusi NCC, Jeb Bush.

Tambahnya: “Marilah kita, tua atau muda, berusaha untuk menjadi seperti Malala – untuk mencabar keadaan sedia ada dan bertindak sebagai pemangkin bagi melakukan perubahan bermakna.”

Pingat ‘Liberty’ itu dianugerahkan kepada tokoh yang berjuang untuk kebebasan manusia di seluruh dunia.

Penerima sebelum ini termasuk bekas Presiden Amerika Syarikat – George H W Bush dan Bill Clinton serta Nelson Mandela, Shimon Peres, Kofi Annan dan Bono. – AFP

Tags: Nobel
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GB4B Desak Nobel Keamanan Suu Kyi Ditarik Balik

08/09/2017
0

GERAKAN Belia 4B Malaysia (GB4B) mendesak hadiah Nobel Keamanan yang diberikan kepada pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi ditarik balik...

Menang Hadiah Nobel Pun Jadi Masalah

13/10/2014
0

Nebraska – Brian Schmidt dianugerahkan hadiah Nobel bagi fizik tetapi beliau tidak menerima layanan istimewa daripada pengurusan Lapangan Terbang Fargo,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd