• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Makmal Proses Dadah Dibongkar, 2 Ditahan Di Pulau Pinang

oleh Ahmad Albab
02/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Polis membongkar sebuah makmal memproses dadah berikutan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sebuah apartment di Lorong Bidor, di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang Supt Guan Beng Kang berkata polis turut merampas pelbagai dadah bernilai RM50,000 dan wang tunai RM1,150 dalam serbuan pada 12 tengah hari itu.

“Lelaki yang ditahan itu masing-masing berusia 44 dan 55 tahun dan hasil pemeriksaan, kami mendapati sebuah bilik di rumah itu dijadikan makmal dadah.

“Dadah-dadah yang dirampas ialah 877 gram ketamin, serbuk dadah (530 gram), heroin (18.5 gram), serbuk kafein (5,700 gram), pil erimin 5 (tiga biji) dan sejumlah bahan kimia dan kami turut merampas peralatan memproses dadah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan maklumat awal, dua lelaki yang bekerja sebagai buruh kasar itu menjalankan kegiatan pemprosesan dadah di rumah berkenaan sejak tiga bulan lepas untuk diedar di sekitar Pulau Pinang.

Guan berkata kedua-dua lelaki terbabit yang mempunyai rekod jenayah lampau termasuk kes dadah, kini direman sehingga Selasa bagi membantu siasatan.

Sementara itu, dalam kes berasingan Guan berkata dalam serbuan di sebuah rumah di Bayan Baru pada 26 Sept lepas, polis merampas sepucuk pistol, satu kelopak peluru dan 50 butir peluru jenis S&B.

“Kami mendapat maklumat rumah berkenaan dijadikan tempat memproses dadah, bagaimanapun dalam serbuan pada 10.10 malam itu, polis tidak menemui barang berkenaan sebaliknya menemui sepucuk pistol jenis CZ 75D, kelopak peluru dan peluru,” katanya.

Beliau berkata tiada tangkapan dibuat dan usaha mengesan pemilik rumah berkenaan giat dijalankan. – BERNAMA

Tags: kes dadahPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan mengapa projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor tidak...

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

125 Anggota Polis Ditugaskan Semasa Perarakan Hari Wesak, Jalan Ditutup Secara Berperingkat

30/05/2026
0

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang akan menugaskan seramai 125 pegawai dan anggota bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan orang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd