• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taska Boleh Tak Perasan Bayi Dah Lama Maut Dihurung Semut?!!

oleh AK-47
02/10/2014
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Jika ada yang masih ingat, pada Januari 2013 seorang bapa menyebarkan di laman sosial/blog kes penderaan anaknya di sebuah taska di Putrajaya.

(BACA – Pengacara Ras Adiba Dimasukkan Ke ICU – KLIK)

Bapa tersebut menceritakan bagaimana anaknya berusia 10 bulan dilempang pengasuh taska berkenaan tanpa belas kasihan.

baby 2 (wm)

Untuk membaca luahan bapa ini sila klik >>> TASKA PUAKA

Turut dikongsikan di sini adalah wajah pemilik taska terbabit.

owner taska

Tup-tup kelmarin, di taska sama nyawa seorang bayi yang baru berusia 3 bulan melayang.

Apa yang dikesalkan keadaan bayi yang sudah tidak bernyawa hanya disedari ibunya sendiri ketika datang untuk mengambil si kecil jam 5.30 petang.

Bayangkan betapa luluhnya hati si ibu apabila melihat Nur Imna Khalisa bukan sahaja sudah kaku dan biru tidak bernyawa malah semut didapati menghurung bahagian leher dan dada bayi. Kening dan dagu bayi juga dikatakan lebam.

Ini menandakan bayi tersebut sudah meninggal dunia lebih dua jam tanpa disedari sesiapa pun sebelum ibunya sendiri perasan!

Pengasuh taska hanya menangis dan memberitahu mereka tidak menyedari kejadian ini apabila ditanya ibu bapa bayi malang tersebut, Muhamad Zamri Anuar dan Nafisah Ahmad Jauhari.

Difahamkan mayat Nur Imna sudah selamat dikebumikan di Gopeng, Perak selepas selesai proses bedah siasat semalam.

Bagaimana pun keputusan bedah siasat masih dinantikan untuk memastikan punca kematian.

Di bawah, kami kongsikan status Facebook bapa saudara bayi ini:

permata bonda

Jika benar bayi ini diabaikan hingga meninggal dunia dalam keadaan sebegini rupa tak marah bukan?

Apa pun berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Semoga ibu bapa Nur Imna tabah menerima dugaan berat ini.

Bagi pihak berkenaan, tolonglah ambil berat setiap aduan diterima kerana kes kematian di pusat jagaan bukan sekali ini berlaku di Malaysia. – MYNEWSHUB

REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC

Tags: pusat jagaantaska
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kepala Budak 2 Tahun Tersepit Celah Besi Penghadang Di Taska

Kepala Budak 2 Tahun Tersepit Celah Besi Penghadang Di Taska

03/07/2025
0

NIBONG TEBAL: Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun menahan kesakitan kira-kira 10 minit selepas kepalanya tersepit pada celahan besi penghadang di...

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

10/04/2025
1

JOHOR BAHRU : Seorang bayi lelaki berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd