• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lim Chee Wei Pertahan Pingat Emas Acara Kata Lelaki

oleh Ahmad Albab
02/10/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

INCHEON – Tampil buat pertama kali di pentas Sukan Asia, atlet karate negara Lim Chee Wei ternyata cemerlang apabila menghadiahkan kilauan emas kepada kontinjen negara dalam acara karate yang berlangsung di Gyeyang Gymnasium pada Khamis.

Chee Wei menewaskan lawannya dari Indonesia Fidelys Lolobua 3-2 dalam acara Kata lelaki akhir.

Kemenangan hari ini lebih bermakna apabila Chee Wei mengekalkan pingat emas yang dimenangi jurulatihnya Ku Jin Keat, yang diraih pada edisi 2010 di Guangzhou.

“Saya sangat teruja dan rasa bersyukur sebab sudah lama berlatih, bersiap secara intensif sudah banyak dan sekarang inilah hasilnya.

“Saya jangka satu pingat tak kira warna saja. Ini pertama kali saya menyertai sukan ini dan kali ini persaingan agak sengit berdepan juara Asia, kata atlet berusia 23 tahun, kelahiran Pulau Pinang itu.

Pada pusingan akhir acara Kata lelaki hari ini, Chee Wei mempamerkan gerakan pantas serta kemas untuk mencuri perhatian barisan pengadil yang ternyata berpihak kepada beliau.

“Saya tidak pernah kalahkan dia. Dalam pusingan akhir itu, saya rasa boleh buat yang lebih baik,” katanya yang mendedikasikan pingat emas kepada jurulatihnya, Jin Keat dan pasangan kekasihnya Lim Lee Lee yang juga pemenang pingat gangsa acara Kata wanita di Guangzhou, serta bekas jurulatihnya Patrick Lim.

Katanya, Jin Keat dan Lee Lee banyak membantu dari segi latihan dan berterima kasih kepada kedua-dua mereka kerana telah menjadi ‘sifu’ sejak berusia 10 tahun lagi.

Sementara itu, jurulatihnya Jin Keat berkata beliau sangat gembira dengan pencapaian anak buahnya yang mengekalkan pingat emas dimenanginya empat tahun lepas.

“Saya baru ambil alih tugas sebagai jurulatih pasukan elit bermula Februari tahun ini. Saya gembira sebab Persekutuan Karate Malaysia dan Majlis Sukan Negara (MSN) beri kepercayaan kepada saya untuk melatih pasukan ini.

“Dengan kejayaan hari ini, saya rasa Chee Wei mampu pergi jauh dan boleh memberikan persembahan yang baik sebab dia masih muda. Semasa Sukan Asia saya yang terakhir pun masa umur saya 35 tahun,” katanya.

Beliau berkata skuad karate buat masa ini tidak ada masalah untuk melahirkan ramai atlet karate memandangkan program awal yang telah dimulakan sejak 10 tahun lepas.

Katanya, skuad elit dan pelapis sering berlatih bersama di pusat latihan di Pulau Pinang. – BERNAMA

Tags: atletSukan Asia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pekerjaan Yang Jijik Dan Berbahaya Demi Sesuap Nasi!

Next Post

Harga Mahal: Jangka Permintaan Lembu Kurang

Related Posts

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

20/09/2022
0

DUA atlet Terengganu yang gagal dalam ujian doping sebelum ini berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan ketika menjalani latihan pusat di Cameron...

Johor Giat Pencarian Atlet Pelapis Sukma 2024

20/04/2022
0

JOHOR BAHRU : Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) kini sedang rancak melakukan persiapan khususnya melibatkan aspek pencarian atlet dan bakat-bakat...

Next Post

Harga Mahal: Jangka Permintaan Lembu Kurang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd