• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LIAM Mahu Insentif Pelepasan Cukai Dalam Bajet 2015

oleh Ahmad Albab
08/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) mencadangkan kerajaan memberikan lebih banyak insentif pelepasan cukai dalam Bajet 2015 untuk menggalakkan perancangan kewangan dalam kalangan rakyat.

“Ketika negara merealisasikan usaha menjadi negara berpendapatan tinggi, minda rakyat perlukan transformasi, supaya mampu berdikari dalam mengurus kedudukan kewangan mereka,” kata LIAM dalam satu kenyataan hari ini.

Mengikut LIAM, pelepasan cukai RM6,000 ke atas gabungan sumbangan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan premium insurans hayat, tidak disemak semula sekian lama.

Semakan terakhir ialah pada tahun penilaian cukai 2005, dengan jumlah itu dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM6,000, katanya.

Bagi membezakan dua elemen penting perancangan kewangan iaitu simpanan dan perlindungan, LIAM mencadangkan pelepasan cukai dibuat berasingan untuk caruman KWSP dan premium insurans hayat.

LIAM mahukan pelepasan cukai RM6,000 masing-masing ke atas caruman KWSP dan premium insurans hayat.

Persatuan itu juga mencadangkan pelepasan cukai ke atas premium insurans pendidikan dan perubatan dinaikkan daripada RM3,000 sedia ada kepada RM6,000, berikutan jumlah itu tidak mencukupi dalam banyak keadaan.

“Sebagai contoh, bagi purata keluarga dua dewasa dan tiga anak, kos insurans perubatan berjumlah sekurang-kurangnya RM2,500 setahun, yang hanya memperuntukkan premium RM500 setahun untuk simpanan pendidikan anak-anak.

“Jumlah ini tidak mencukupi dan rakyat semakin berasa kesan berikutan perbelanjaan untuk penjagaan kesihatan yang terus meningkat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Bajet 2015LIAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

LIAM Terima 20 Penyertaan Untuk Peraduan Media Sosial Antara Universiti

07/04/2016
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) yakin angka penyertaan untuk Anugerah Video Belia 2016 akan melangkaui bilangan pada...

Peruntukan Lebih RM1.5b Tingkat Taraf Isi Rumah B40

23/10/2015
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan lebih RM1.5 bilion bagi meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dalam Bajet...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd