• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bodyguard Cuai, Lelaki Sedang Joging Terlanggar PM Britain!

oleh Ahmad Albab
30/10/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Kawalan keselamatan ke atas Perdana Menteri Britain, David Cameron kini menimbulkan persoalan selepas seorang lelaki berlari meluru ke arahnya dengan tidak sengaja ketika berjoging, tanpa disedari pengawal peribadinya semalam.

Walaupun pemimpin Parti Konservatif itu ternampak lelaki terbabit berlari ke arahnya, pengawal peribadinya bagaimanapun tidak menyedarinya sehingga berlaku kejadian itu.

Cameron juga dibiarkan berdiri bersendirian dan terdedah tanpa kawalan selama beberapa saat sebelum pegawainya mengapit dan membawanya masuk ke sebuah kereta yang sedang menunggu.

Polis Metropolitan Britain, yang menugaskan pegawainya untuk menjaga Perdana Menteri, dengan segera melancarkan siasatan ke atas kejadian itu.

Bekas pegawai kawalan keselamatan diraja dan diplomatik, Steve Park berkata pasukan pengawal peribadi Cameron tidak mempunyai mata tajam ketika menjalankan tugas.

“Mereka terlalu memberi tumpuan kepada Perdana Menteri sehingga tidak nampak keadaan di sekeliling untuk sebarang kemungkinan.

“Saya tidak fikir kejadian seperti ini pernah berlaku sebelum ini,” katanya.

Ahli Parlimen Britain, Mark Pritchard berkata dengan peningkatan ancaman keganasan, perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku.

Dalam kejadian itu, lelaki terbabit, Dean Balboa Farley, terlanggar Perdana Menteri berkenaan di pekarangan luar Dewan Sivik Leeds.

Dean, 28, ditahan sebelum dibebaskan oleh polis West Yorks yang menyatakan tidak ada apa-apa niat di sebalik kejadian itu.

Beliau juga mengecam pengawal peribadi Perdana Menteri kerana gagal mengambil tindakan cepat bagi mengelakkan kejadian itu. Dean berkata dia sedang berlari ke gimnasium ketika itu.

Katanya: “Saya tahu bagaimana rupa David Cameron tetapi saya mempunyai ‘ear phone’ di telinga dan sedang berlari. Saya juga pandang ke bawah dan tidak melihat atau mendengar sesiapa.

“Saya juga tidak sangka yang saya terlanggar seseorang. Saya sedar kemudian yang dia memang orang penting tetapi tidak tahu orang yang saya langgar itu adalah David Cameron.”

Dean berkata dia disoal siasat di dalam van polis selama sejam sebelum gari dibuka daripada tangannya.

Katanya, pihak polis menyangka ada senjata di dalam tuala yang dibalut di tangannya. – Agensi

Tags: Britain
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

Britain Gesa Rakyatnya Tinggalkan Lubnan

Britain Gesa Rakyatnya Tinggalkan Lubnan

31/07/2024
0

LONDON : Britain menggesa rakyatnya di Lubnan meninggalkan negara itu, dan memberi amaran bahawa ketegangan di sepanjang sempadan Israel dijangka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd