• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

800 Penguat Kuasa Ditangkap Oleh SPRM Sepanjang 5 Tahun

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangkap 847 pegawai penguat kuasa pelbagai agensi penguatkuasaan atas kesalahan rasuah sejak 2009, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata jumlah tangkapan berkenaan adalah bagi tempoh 2009 hingga Ogos tahun ini.

Beliau berkata selain penguatkuasaan, kerajaan juga mengambil langkah pendidikan dan pencegahan dalam menangani salah laku itu.

“Justeru langkah susulan telah dirintis termasuk penubuhan 14 mahkamah rasuah.

“Usaha terus dilaksanakan untuk memperkemas undang-undang sedia ada bagi meningkatkan kapasiti dan keupayaan agensi penguatkuasaan menerusi latihan berterusan meningkatkan intergriti anggota penguatkuasaan,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohd Zaim Abu Hasan (BN-Parit).

Mohd Zaim ingin tahu statistik pegawai dan anggota penguatkuasaan yang ditangkap kerana terbabit dalam sindiket haram dan rasuah sejak lima tahun lalu, serta langkah dan usaha kerajaan menanganinya.

Razali menegaskan bahawa daripada aspek pendidikan, satu penubuhan Sekretariat Pencegahan Rasuah di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, ceramah-ceramah serta iklan-iklan berkaitan peningkatan integriti juga dilaksanakan secara berterusan melalui media.

“Daripada aspek pencegahan, SPRM melaksanakan program jabatan angkat atau lebih dikenali sebagai kerjasama strategik dengan jabatan-jabatan yang berisiko iaitu mempunyai peluang tinggi untuk berlakunya rasuah.

“Mulai tahun ini juga, aktiviti keterlibatan difokuskan kepada pemimpin berpengaruh bagi enam kumpulan sasar iaitu badan bukan kerajaan (NGO), ahli politik, komuniti luar bandar, belia, sektor swasta dan komuniti Cina,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan kajian, kumpulan ini kurang terdedah kepada maklumat yang tepat berkaitan pencegahan rasuah, sehingga mempengaruhi persepsi terhadap kesungguhan kerajaan dan SPRM dalam menangani jenayah rasuah. – BERNAMA

Tags: PenguatkuasaSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua meminta Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaudit aliran...

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd