Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Ismail Sabri Lebih Tahu...

KUALA LUMPUR - Saranan supaya memboikot peniaga Cina yang tamak dan enggan menurunkan...

Bungkusan Letupan Kepada Obama,...

NEW YORK - Barangan disyaki bahan letupan dihantar kepada bekas Presiden, Barack Obama...

Duta Rusia Lemas Di...

KHARTOUM - Duta Rusia ke Sudan, Mirgayas Shirinsky, ditemui mati di kolam renang...

Ustaz ‘Loyar Buruk’ Pertikai...

ISU Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menziarahi makam Nabi Muhammad SAW...

IS Lancar Serangan Terbaharu Di Kobani

MURSITPINAR (Turki) – Kumpulan Negara Islam (IS) melancarkan serangan terbaharu ke atas bandar Kobani lewat semalam, beberapa jam selepas pejuang Kurdis menerima senjata yang digugurkan dari udara oleh Amerika Syarikat (AS).

Pengarah Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman, berkata kumpulan jihad terbabit melancarkan serangannya di semua penjuru bandar berkenaan.

Terdapat laporan mengenai pertempuran sengit di Kobani pada sebelah petang.

Serangan itu menyusuli dua serangan bunuh diri di utara Kobani pagi semalam, dalam usaha pihak terbabit untuk memutuskan hubungan bandar berkenaan dari Turki.


IS juga melancarkan satu serangan di pekan Qara Tapah yang dikuasai Kurdis, mengakibatkan 10 orang terbunuh dengan separuh daripada penduduknya yang berjumlah 9,000 orang dilaporkan meninggalkan pekan itu.

“Kami bimbang IS akan mengepung pekan ini dan menjadikannya seperti Amerli kedua,” kata seorang penduduk Qara Tapah, Haidar.

Amerli adalah sebuah pekan Syiah Turki yang ditawan oleh IS sejak dua bulan lalu. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori