• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kurang Pelajar Masuk IPT Jika Syarat Baru Muet

oleh Ahmad Albab
14/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak melahirkan kebimbangan akan berlaku kekurangan pelajar bagi mengisi kekosongan tempat dalam beberapa bidang pengajian yang ditawarkan di universiti tempatan berikutan syarat baru kelayakan bagi Malaysian University English Test (Muet).

Beliau berkata, ini kerana syarat layak masuk ke universiti yang berkuat kuasa pada tahun hadapan mengehendaki pelajar mencapai Band 2 hingga 5 dalam Muet dan bergantung kepada bidang pengajian yang dipilih.

Katanya, setakat ini kira-kira 30 peratus pelajar yang kini berada di universiti tempatan berjaya mencapai Band 3, 4 dan 5 dalam Muet dan selebihnya memperoleh Band 1 dan 2.

“Syarat minimum sebelum ini adalah Band 1 bagi pelajar mengikuti program sastera dan mereka akan mengikuti kelas Bahasa Inggeris dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya ketika ditemui pada Dialog Pasca Bajet 2015 di sini.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan perlu melakukan kajian lebih terperinci berkaitan pelaksanaannya agar mereka diterima masuk ke universiti tempatan.

Katanya, penggunaan Bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Matematik dan Sains sebelum ini amat baik dalam memastikan pelajar dapat mempelajari dan menguasai bahasa antarabangsa itu dengan baik.

“Kementerian juga tidak perlu menurunkan graf lulus Muet kerana ia penting bagi memastikan tahap pelajar menguasai bahasa Inggeris yang akan diaplikasi sepenuhnya di universiti,” katanya.

Beliau berharap pihak kementerian akan melaksanakan perkara itu dengan baik agar pelajar yang layak masuk ke universiti itu adalah pelajar yang boleh menguasai bahasa Inggeris dengan baik pada masa akan datang.

“Kita di peringkat universiti mampu untuk mempertingkatkan kemahiran pelajar dari Band 1 kepada 2 dan seterusnya. Kita adakan kelas bahasa Inggeris kepada mereka dalam meningkatkan penguasaan mereka terhadap bahasa kedua itu,” katanya.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2015 mengumumkan bermula tahun hadapan, syarat kemasukan am ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang mengkehendaki pelajar mencapai tahap minimum Band 1 dalam Muet akan dipertingkatkan bagi meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran berkomunikasi bahasa itu.

Tahap minimum baharu Band Muet untuk kemasukan bagi pengajian sastera dan sains sosial ditingkatkan kepada Band 2 (syarat graduasi ditetapkan Band 3); pengajian sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) menjadi Band 3 (syarat graduasi Band 4); manakala Band 4 ditetapkan untuk pengajian undang-undang dan perubatan (syarat graduasi Band 5). – BERNAMA

Tags: IPTAMUET
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPT Akan Umum Mekanisme Yuran IPTA Golongan Kaya

KPT Akan Umum Mekanisme Yuran IPTA Golongan Kaya

19/10/2024
0

MANJUNG - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengumumkan mekanisme pelaksanaan baharu kadar yuran institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kepada kumpulan...

Kelantan Sedia Bas Untuk Pelajar Pulang Mengundi

Kelantan Sedia Bas Untuk Pelajar Pulang Mengundi

06/07/2023
0

KOTA BHARU: Kerajaan negeri membuat ketetapan menyediakan perkhidmatan pengangkutan bas kepada penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd