Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Jumlah Tangkapan Sepanjang Perintah...

KOTA KINABALU - Hanya 31 tangkapan dibuat sepanjang tempoh pelaksanaan perintah berkurung di...

“Anak Sakit Bukan Berita...

BERITA mengenai pelakon Puteri Balqis yang dikatakan mengidap kanser menjadi perhatian umum. Ibunya Norashikin...

Hishammuddin Temui Timbalan Putera...

JEDDAH - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengadakan pertemuan dengan rakan...

Jerebu: Tiada Kawasan Catat...

KUALA LUMPUR - Kualiti udara di seluruh negara pagi ini secara umumnya semakin...

KPDNKK Senarai 14 Jenis Barang Harga Kawalan Sempena Deepavali

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menetapkan 14 jenis barangan diletakkan bawah Skim Kawalan Harga sempena perayaan Deepavali yang bakal disambut 22 Okt.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata, skim kawalan harga itu dilaksanakan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, bermula 18 hingga 27 Okt ini.

Beliau berkata 14 barangan itu ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging kambing tempatan bertulang, daging kambing biri-biri import bertulang, daging kambing biri-biri import tanpa tulang, daging paha kambing biri-biri import bertulang, telur ayam gred A, B dan C, tomato, bawang merah kecil dari India, ubi kentang dari China dan kacang dhal dari Australia.

“Penguatkuasaan Skim Kawalan Harga ini bertujuan mengelakkan peniaga dan pekedai mengambil kesempatan menaikkan harga barangan berkenaan, selain memastikan bekalan barangan terkawal itu mencukupi di pasaran,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Katanya harga maksimum ditentukan bagi 14 barangan tersebut di 89 daerah di Semenanjung, 32 daerah di Sarawak, 27 daerah di Sabah dan satu daerah di Wilayah Persekutuan Labuan.

Hasan berkata para peniaga perlu memastikan barangan harga terkawal dijual tidak melebihi harga maksimum ditentukan serta meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu bagi membezakan barangan harga terkawal tersebut.


Tanda harga hendaklah jelas, mudah dibaca, menggunakan unit sukatan atau timbangan yang telah ditentukan dan memaparkan harga yang tepat serta tidak mengelirukan, katanya.

Katanya aduan berkenaan peniaga yang tidak mematuhi undang-undang berhubung skim itu boleh disalurkan kepada pihak kementerian menerusi talian bebas tol 1800-886-800 atau di mana-mana pejabat PDNKK di seluruh negara.

Dalam pada itu, Hasan berkata kementerian telah melakukan 75,851 pemeriksaan terhadap premis perniagaan bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga barang, sejak penyelarasan subsidi minyak sebanyak 20 sen berkuat kuasa 2 Okt lepas.

Beliau berkata daripada pemeriksaan itu, pihaknya menerima 37 aduan membabitkan 47 kes, dengan kebanyakan aduan berkenaan peniaga tidak meletakkan tanda harga.

“Walaupun ada yang membangkitkan mengenai tindakan peniaga menaikkan harga barang susulan penyelarasan subsidi minyak, namun jumlahnya adalah kecil,” katanya dan menambah 24 daripada keseluruhan kes sedang diambil tindakan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori