• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kolej KLIA Mahu Jadi Universiti Pembinaan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kolej Profesional dan Pengurusan KLIA (Kolej KLIA) berharap status institusi pengajian tinggi itu dapat dinaik taraf kepada sebuah universiti dalam tempoh terdekat.

Presiden KLIA Premier Holdings Sdn. Bhd., Tan Sri Dr Ir Jamilus Hussein berkata, Kolej KLIA di Kompleks KLIA Holdings di Sepang menawarkan suasana pembelajaran yang kondusif kepada pelajar dan mempunyai pensyarah berpengalaman.

“Kolej KLIA juga telah memperluaskan program kerjasama dengan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan universiti luar negara seperti Curtin University dari Australia, University of Birmingham di United Kingdom dan beberapa universiti dari Indonesia, Jepun dan Amerika Syarikat.

“Dalam usaha meningkatkan kerjasama dengan industri, Kolej KLIA menandatangani MoU dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Master Builder Association Malaysia (MBAM) dan kontrak kerjasama dengan Persatuan Pembinaan Luar Pesisir Malaysia (MOCA) untuk memberi latihan dan program-program keselamatan dalam industri minyak dan gas,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jamilus turut memaklumkan Kolej KLIA mengadakan kerjasama dengan UTM Razak School untuk program Diploma Eksekutif Pekerjaan, Keselamatan dan Kesihatan dalam fasa kedua penubuhan kolej itu.

Selain itu, kata beliau, kira-kira 95 peratus daripada graduan Kolej KLIA sudah bekerja dan menjadi pilihan pihak industri pembinaan tempatan.

“Saya percaya bahawa kesemua ini memberikan asas kukuh untuk kami mula memikirkan fasa seterusnya iaitu menjadi universiti pembinaan yang pertama di Malaysia dengan tumpuan dalam teknologi pembinaan,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: kolejmbUniversiti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MB Negeri Sembilan Teruskan Tugas, Pengerusikan Mesyuarat BOD NS Corporation

MB Negeri Sembilan Teruskan Tugas, Pengerusikan Mesyuarat BOD NS Corporation

25/09/2026
0

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim meneruskan tugas pentadbiran negeri apabila mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah (BOD) NS...

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

Salam Jumaat MB Negeri Sembilan Curi Perhatian Netizen

25/09/2026
0

SEREMBAN - Hantaran ringkas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim di media sosial hari ini mencuri perhatian netizen apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd