• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Akan Terus Pergiat Aktiviti Ekonomi

oleh Ahmad Albab
10/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus melaksanakan dasar menyokong pertumbuhan dan menyediakan persekitaran mesra perniagaan bagi menarik pelaburan dan mengupaya aktiviti sektor swasta untuk berkembang.

Sektor swasta yang kekal memacu pertumbuhan ekonomi, merapatkan jurang kepada sasaran 60 peratus sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasa (KDNK) pada 2020.

Ia berikutan sumbangan sektor ini telah mencapai 54.9 peratus kepada KDNK pada separuh pertama tahun ini, demikian menurut Kementerian Kewangan dalam Laporan Ekonomi 2014/2015 yang dikeluarkan bersempena pembentangan Bajet 2015.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, membentangkan bajet tahunan itu di Dewan Rakyat hari ini.

Di bawah Pelan Induk Sektor Perkhidmatan 2014, sektor perkhidmatan disasarkan menyumbang 60 peratus kepada KNDK dalam tempoh kurang enam tahun lagi, setanding dengan negara maju.

Mempergiatkan sektor ini adalah salah satu inisiatif di bawah Teras Pertama Bajet 2014, selain mempromosi industri penerbangan dan sektor pelancongan; memperluas akses Internet dan memperkukuh sektor logistik.

Inisiatif lain termasuk memperkukuh perusahaan kecil dan sederhana (PKS); meningkat rantaian nilai dalam sektor pertanian; dan membangun usahawan dan merancak pembangunan wilayah.

Peruntukan RM493.9 juta di bawah Bajet 2014 untuk menaik taraf lapangan terbang di Sabah dan Sarawak belum dibelanjakan sepenuhnya.

Sehingga Ogos 2014, RM126 juta telah dibelanjakan untuk menaik taraf lapangan terbang di Kota Kinabalu dan Sandakan, manakala RM198 juta dibelanjakan untuk pembangunan lapangan terbang Miri, Sibu and Mukah.

Walaupun berlaku beberapa kejadian tidak diingini, Malaysia mampu menarik 11.5 juta pelancong pada lima bulan pertama tahun ini, hampir separuh daripada sasaran 28 juta yang diletakkan.

Seiring dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2014, sebanyak RM65.6 juta telah diperuntukkan untuk mengadakan program promosi di dalam dan di luar negara secara intensif.

Sehingga Ogos 2014, hampir separuh dari peruntukkan itu iaitu RM32.5 juta telah dibelanjakan, kata Laporan itu.

Bagi memperluaskan akses Internet, jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) telah menarik 732,000 pelanggan dengan 2.5 juta port dipasang di seluruh negara, sehingga Mei tahun ini, iaitu selepas empat tahun ia dilancarkan.

Sehingga Jun 2014, purata kadar purata penembusan jalur lebar isi rumah mencatat 67.2 peratus dengan kadar tertinggi dicatatkan di Kuala Lumpur dengan 115.7 peratus.

Namun, kadar penembusan jalur lebar isi rumah di Sabah dan Sarawak, masing- masing 52.8 peratus and 53.4 peratus, lebih rendah berbanding kadar purata
nasional 67.2 peratus, katanya.

Laporan itu berkata usaha telah diambil untuk membina kabel dasar laut yang menghubungkan Semenanjung Malaysia dengan Sarawak dan Sabah dalam tempoh tiga tahun bagi meningkatkan kebolehcapaian, kebolehpercayaan dan kemampuan mengakses Internet di negeri-negeri tersebut.

Kabel dasar laut ini akan dihubungkan melalui lima kluster dengan anggaran sejauh 3,500 km.

Bagi sektor logistik, hanya RM17 juta dari RM3 bilion Tabung Pembangunan Maritim di bawah Bank Pembangunan Malaysia Bhd, telah diagihkan untuk pembiayaan aktiviti berkaitan maritim sehingga Julai 2014.

Tabung itu bagi memudahkan pembiayaan semua jenis perkapalan, pengambilan tanah, pembangunan infrastruktur, pembinaan kapal, mesin dan modal kerja bagi industri berkaitan maritim.

Dalam usaha mengukuhkan PKS yang sehingga kini menyumbang 33.1 peratus kepada KDNK, kerajaan dijangka akan melaksanakan kemudahan RM100 juta Skim Usahawan Peniaga Pasar Malam pada suku keempat 2014, kata Laporan itu.

Kemudahan itu bagi menampung kos perniagaan seperti modal kerja, sewa tapak, bahan mentah dan peralatan perniagaan.

Pada masa ini, 97.3 peratus daripada perniagaan dalam ekonomi terdiri daripada PKS, dan ia memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Bagi meningkatkan rantaian nilai sektor pertanian, antara lain, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dijangka akan membuka Agrobazaar di luar negara termasuk Hong Kong.

Agrobazaar pertama telah dibuka di Singapura pada Ogos tahun ini dalam usaha mempromosi buah-buahan dan hasil pertanian.

Pada tujuh bulan pertama tahun ini, eksport buah-buahan telah meningkat 44.7 peratus kepada RM298.8 juta.

Bagi pasaran tempatan, FAMA menyasarkan penambahan pasar tani di seluruh negara pada tahun ini di mana setakat ini terdapat 549 pasar tani melibatkan 24,979 usahawan.

Terdapat 32 pasar tani baharu dibuka dalam tempoh lapan bulan pertama 2014.

Jualan pasar tani dijangka mencecah RM747 juta pada akhir tahun ini.

Selain pasar tani, FAMA telah memperkenalkan Karavan Tani di mana 16 petani telah terlibat dengan program ini sepanjang lapan bulan tahun ini.

Bagi industri padi, RM1.3 bilion telah dibelanjakan daripada RM2.2 bilion peruntukkan yang disediakan bagi subsidi dan insentif bagi meringankan beban peningkatan kos pengeluaran dan menjamin kelangsungan hidup.

Sebanyak RM241 juta peruntukkan bagi menggalakkan nelayan lebih produktif dan meningkatkan hasil pendaratan ikan.

Insentif ini telah memanfaatkan 56,000 nelayan dalam tempoh separuh pertama 2014.

Bagi membangunkan usahawan, seramai lebih 7,000 orang telah dilatih di bawah program Usahawan 1Malaysia (1MeT) pada lapan bulan pertama, melebihi sasaran 5,000 orang setiap tahun.

1MeT bertujuan memberi pendedahan kepada ciri utama keusahawanan di kalangan belia dengan memberi pendedahan kepada ciri utama keusahawanan, jenis, peluang dan risiko dalam persekitaran perniagaan. – BERNAMA

Tags: Bajet 2015Kerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd