Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Trauma Ditipu Ejen Pelacur,...

SELEPAS hampir diperdaya oleh ejen pelacuran, pelakon dan penyanyi Farahdhiya mengambil keputusan untuk...

Pasukan Asia Perlu Contohi...

KUALA LUMPUR - Pasukan kebangsaan di rantau Asia perlu menjadikan Jepun sebagai contoh...

Syafiq Kian Matang, Syamsul...

SETIAP kejayaan pasti bermula dengan kegagalan... Bagi pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof...

Lelaki Tampan Sanggup Jaga...

SEORANG aktor telah melakukan sesuatu yang sepatutnya dipuji apabila sanggup menjemput dan menjaga jirannya...

Kelewatan Perodua Axia Kerana Alat Ganti Bukan Kapasiti

GEORGE TOWN – Kelewatan penghantaran Perodua Axia, kenderaan cekap penggunaan bahan api, bukan kerana isu kapasiti tetapi mendapatkan alat ganti yang sesuai, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) Datuk Aminar Rashid Salleh.

Beliau berkata penghantaran mungkin tertangguh sehingga enam bulan dan syarikat berharap dapat mengurangkannya kepada 1.5 bulan menjelang akhir tahun.

“Kelewatan itu berikutan sambutan yang amat menggalakkan. Perodua telah menerima 32,000 tempahan sejak ia dilancarkan pada 15 Ogos lepas.

“Ia (kelewatan) bukan kerana isu kapasiti berikutan kilang Perodua mengeluarkan 7,000 hingga 8,000 unit sebulan. Ia kerana isu mendapatkan alat ganti yang sesuai dan kami kini bekerjasama rapat dengan vendor,” katanya.

Aminar berkata demikian kepada pemberita selepas menandatangani memorandum perjanjian antara Perodua Sales Sdn Bhd dan Wawasan Open University (WOU) berhubung tawaran diploma khusus dalam Pengurusan Perkhidmatan dan Jualan (GDSSM) kepada kakitangan Perodua, di sini hari ini.

Turut hadir Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif WOU, Prof Datuk Dr Ho Sinn Chye.


Mengenai Bajet 2015, yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat esok, Aminar berharap institusi kewangan tidak akan terlalu ketat berhubung kadar faedah bagi pinjaman kereta.

Beliau berkata kerajaan menggalakkan Perodua mengeluarkan kenderaan yang mampu dimiliki, sebaliknya peraturan yang ketat bagi sewa beli memberi tekanan kepada industri.

Sementara itu, Aminar berkata kerjasama dengan WOU akan meningkatkan kemahiran tenaga kerja Perodua kepada tahap potensi terbaik mereka dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan kekal berdaya saing dalam pasaran global.

Program GDSSM selama dua tahun, dengan 12 kursus dipilih khusus daripada program ijazah diakreditasi sepenuhnya WOU selepas rundingan dengan Perodua, menyasarkan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja segmen perkhidmatan dan jualan.

Pengambilan pertama seramai 13 pekerja, yang bermula pada Januari tahun lepas kini dalam semester akhir manakala empat orang lagi akan menyertai kumpulan kedua, dijangka bermula pada Januari tahun depan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori