• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelemahan Teknik Jaringan Punca Kekalahan Malaysia

oleh Ahmad Albab
17/10/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

INCHEON – Kelemahan teknik jaringan menjadi antara punca utama kekalahan pasukan bola keranjang berkerusi roda negara kepada Iran 44-84 dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan B pada temasya Sukan Para Asia ke-11 di Gimnasium Samsan World di sini hari ini.

Ketua jurulatih negara, Lim Ming Lip berkata beliau sudah mengenal pasti kelemahan tersebut dalam sesi latihan sebelum temasya paralimpik terbesar di rantau Asia ini bermula.

“Memang kita sudah mengatasi kelemahan tersebut tetapi ia biasa…bila dalam perlawanan sebenar ada sedikit perasaan gemuruh sehingga semua jadi tidak kena. Lagi pun pasukan Iran memang satu pasukan yang kuat.

“Kita kena bekerja keras untuk menang. Apa yang saya dapat lihat, kita bukan sahaja lemah dari segi jaringan tetapi dari segi hantaran bola dan juga pertahanan agak longgar,” katanya kepada Bernama.

Pada suku pertama perlawanan, Malaysia ditundukkan Iran dengan 7-26 mata manakala pada saingan suku kedua, Malaysia cuba bangkit namun tidak berjaya apabila hanya berjaya mencatatkan 23-48 mata.

Selepas rehat, Malaysia ternyata tidak dapat mengejar kepantasan Iran dalam menjaringkan bola apabila pasukan kebangsaan tewas 44-84.

Lim berkata walaupun tewas pada perlawanan kedua, namun Malaysia masih lagi berpeluang cerah untuk berada dalam ranking kedua teratas peringkat kumpulan B bagi memperoleh jalan mudah ke saingan separuh akhir.

Baginya, perlawanan dengan pasukan Iran memberikan lebih pengalaman dan pengajaran kepada pasukan negara untuk menentang pasukan Kuwait pada Ahad ini dan Thailand (Isnin).

Pada perlawanan pertama peringkat kumpulan pada Khamis, Malaysia menundukkan Hong Kong 52-36. – BERNAMA

Tags: Sukan Para Asia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan Para Asia 2018 Berakhir, Hangzhou Tuan Rumah 2022

13/10/2018
0

JAKARTA - Sukan Para Asia 2018 ditutup penuh meriah malam ini, yang selama lapan hari menampilkan aksi luar biasa atlet...

Doa Ibu Bapa Buat Dik Wan Sebak, Raih Emas Ke-3

12/10/2018
0

JAKARTA – "Terima kasih emak, ayah, doakan Dik Wan" reaksi terharu atlet hebat negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi setelah menamatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd