• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Akui Peranan Kerajaan Pusat Bangunkan Negeri

oleh Ahmad Albab
14/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Kerajaan Kelantan hari ini mengakui peranan kerajaan pusat membangunkan negeri ini terutama dalam membawa masuk pelaburan asing.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata kerajaan pusat sebenarnya sentiasa membantu merancakkan iklim ekonomi di negeri ini.

“Kita berterima kasih kepada kerajaan pusat sebab berusaha membawa pelabur asing ke Kelantan terutama pelabur dari Korea sebelum ini,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mustapa Mohamed (BN-Ayer Lanas) dalam persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.

Sebelum itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, bangun menjelaskan bahawa kerajaan pusat sentiasa bekerjasama dengan kerajaan negeri menarik pelabur asing ke Kelantan.

Ahmad kemudiannya berkata jalinan kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri perlu diteruskan demi kepentingan rakyat Kelantan.

“Kita harap jalinan antara kerajaan Pusat dan negeri dapat terus dilaksanakan khusus untuk rakyat terutama umat Islam di Kelantan.

“Ruang antara kerajaan pusat dan negeri perlu diberi perhatian khusus agar peluang baharu dapat dinikmati oleh rakyat di negeri ini,” kata Ahmad.

Sebelum ini, Mustapa dilaporkan kesal kerana kerajaan negeri langsung tidak menyebut sumbangan kerajaan pusat dalam bajet 2015 yang dibentangkan Ahmad.

Mustapa berkata kerajaan Kelantan seolah-olah menyembunyikan fakta sebenar daripada pengetahuan rakyat sedangkan peranan kerajaan pusat adalah besar dalam program pembangunan di negeri ini.

Ketika ditemui di luar dewan, Mustapa berkata beliau sentiasa melakukan yang terbaik demi pembangunan negeri Kelantan.

“Kita mahu rakyat di negeri ini dapat yang terbaik dan kita sentiasa berjuang habis-habisan, dan terbaru dari segi pelaburan, semalam saya membawa masuk 20 pelabur dari Singapura,” katanya. – BERNAMA

Tags: KelantanKerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

Bekas Pemimpin DAP Ronnie Liu Dakwa Penternak Babi Keliru, Buntu

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu Tian Khiew mendakwa penternak babi kini berada dalam keadaan keliru dan buntu...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd