• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kehadiran Malaysia Dalam UNSC Satu Kejayaan Besar

oleh Ahmad Albab
18/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kejayaan Malaysia menerima sokongan padu untuk menjadi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) disifatkan sebagai kejayaan besar bagi negara, kata Presiden MCA,Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata kejayaan itu adalah bukti bahawa usaha negara di arena antarabangsa telah mendapat pengiktirafan dan sokongan daripada masyarakat antarabangsa.

“Dasar antarabangsa kita selalunya mengamalkan kesederhanaan dan kita berusaha untuk mencapai keamanan dunia,” katanya dalam kenyataan lewat malam Jumaat.

Malaysia, katanya, akan berusaha menyelesaikan pelbagai konflik melalui konsensus dan akan berusaha membendung pelampau agama dan etnik.

Liow berkata sebagai sebuah negara pebagai budaya yang mengamalkan toleransi, Malaysia berjaya menghasilkan kepelbagaian untuk kelebihan sendiri.

“Kita juga perlu menunjukkan bahawa kejayaan kita adalah disebabkan oleh bangsa kita yang enggan mengiktiraf sebarang bentuk ekstremisme agama dan kaum yang mungkin menjejaskan keharmonian negara,” katanya.

Memandangkan Malaysia kini menjadi sebahagian daripada Majlis Keselamatan,Liow berkata negara perlu memainkan peranan lebih aktif di persada antarabangsa.

Malaysia berjaya mendapat 187 undi daripada 192 negara anggota PBB bagi mengisi lima slot anggota tidak tetap UNSC. Selain, Malaysia, Angola, Venezuela, New Zealand dan Sepanyol turut terpilih untuk mengisi kekosongan itu. – BERNAMA

Tags: Liow Tiong LaiPBB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

Malaysia Akan Bincang Dengan Trump Usaha Desak Sidang Khas PBB Mengenai Gaza

Malaysia Akan Bincang Dengan Trump Usaha Desak Sidang Khas PBB Mengenai Gaza

22/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia akan memanfaatkan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengesahkan kehadirannya pada Sidang Kemuncak ASEAN...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd