• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Kecil Siapa? Ditemui Berkeliaran Dekat Hotel Gurney..

oleh Ahmad Albab
17/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia antara satu hingga dua tahun ditemui berseorangan di Jalan Persiaran Gurney berhadapan Hotel Gurney di sini malam tadi.

Kanak-kanak dengan ketinggian 0.87 meter itu yang memakai sepasang baju Melayu berwarna biru ditemui berkeliaran di kawasan itu oleh orang awam pada pukul 11 malam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata polis belum menerima aduan berhubung kehilangan kanak-kanak dalam tempoh lebih 12 jam selepas kanak-kanak itu dijumpai.

“Kami juga gagal mendapatkan sebarang maklumat daripada kanak-kanak itu kerana dia tidak bercakap sejak semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kanak-kanak itu berada dalam keadaan sihat dan hanya terdapat bekas gigitan nyamuk pada pipi kirinya.

Kanak-kanak itu akan dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut.

Mior Faridalathrash meminta waris atau individu yang mengenali kanak-kanak itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di talian 04-2181822 atau balai polis berhampiran. – BERNAMA

Tags: kanak-kanak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd