• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Jangkitan Ebola Cecah 10,000 Di Afrika Barat

oleh Ahmad Albab
23/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GENEVA – Jumlah mangsa yang dijangkiti Ebola sudah mencecah hampir 10,000 orang di Afrika Barat, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

WHO menyatakan 9,936 orang di Guinea, Liberia dan Sierra Leone – tiga negara yang menjadi pusat wabak Ebola yang paling teruk – sudah dijangkiti penyakit itu.

Secara keseluruhan, 4,877 orang sudah meninggal dunia akibat penyakit berkenaan setakat ini.

Ketika pakar memberi amaran bahawa kadar jangkitan boleh mencapai 10,000 seminggu pada awal Disember, penyelidik di seluruh dunia sedang berusaha untuk melawan penyakit terbabit, yang sehingga kini masih belum mempunyai rawatan berlesen atau vaksin.

Angka itu dikeluarkan ketika WHO mengadakan mesyuarat kecemasan pusingan ketiga mengenai Ebola di Geneva semalam, bagi membincang usaha bagi melawan penyakit demam tropikal itu.

Sementara itu beberapa dos vaksin eksperimen ‘rVSV’ bagi melawan penyakit Ebola tiba di Hospital Universiti Geneva dari Kanada semalam.

WHO akan menyelaraskan percubaan vaksin itu di Geneva, bersama vaksin yang juga terdapat di Jerman, Gabon dan Kenya.

Vaksin itu, yang diusahakan di Makmal Mikrobiologi Nasional di Winnipeq, adalah satu daripada dua vaksin eksperimen Ebola yang dikesan memberi reaksi baik ketika diuji pada monyet.

Penolong Ketua Pengarah WHO, Marie-Paule Kieny berkata matlamatnya adalah untuk menghantar bekalan ke Afrika menjelang awal 2015. – AFP

Tags: Ebola
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

100,787 Syarikat Mendaftar Untuk GST Hingga Semalam

Next Post

Chelsea Hadapi Krisis Penyerang Menjelang Pertemuan MU

Related Posts

Uganda Sahkan Enam Lagi Kes Ebola

Uganda Sahkan Enam Lagi Kes Ebola

24/09/2022
0

KAMPALA, Uganda – Sebanyak enam kes baharu Ebola dikesan di Uganda, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin selepas negara Afrika...

Petugas Kesihatan AS Dikuarantin, Terdedah Ebola

30/12/2018
0

LINCOLN - Seorang petugas kesihatan Amerika Syarikat (AS) yang mungkin terdedah kepada virus Ebola ketika merawat pesakit di Republik Demokratik...

Next Post

Chelsea Hadapi Krisis Penyerang Menjelang Pertemuan MU

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd