Friday, April 12, 2024

Creating liberating content

Kes COVID-19 UK Melepasi...

LONDON: Britain melaporkan 98,515 lagi kes coronavirus dalam tempoh 24 jam terkini, menjadikan...

SPR Tetap PRK Serentak...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat di sini pada Jumaat menetapkan...

ISU MB Selangor: DAP...

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fook mahu Parti Keadilan...

Mahkamah Tolak Pengendali Laman...

GEORGE TOWN - Mahkamah Tinggi di sini hari menolak permohonan difailkan pengendali laman...

JPM Tekad Bantu Realisasi Misi, Visi Esscom

LAHAD DATU – Serombongan pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) diketuai Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Datuk Othman Mahmood melawat ibu pejabat Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di sini hari ini.

Ketibaan mereka disambut Pengarah Awam Esscom Ruji Ubi, Timbalan Komander Esscom Brig Jeneral Subari Tomo dan staf kanan Esscom.

Rombongan itu disertai Setiausaha Bahagian Pembangunan JPM Datuk Basiran Saban, Ketua Pengarah Pegawai Keselamatan Kerajaan Datuk Johari Jamaluddin, Setiausaha Bahagian Kewangan Abdul Rahim Ishak, Setiausaha Bahagian Inovasi dan Sumber Manusia Yatimah Sarjiman dan Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Halimah Hashim.

Turut hadir Komander Komponen Laut Esscom Laksamana Pertama Maritim M. Karunanithi dan pegawai-pegawai kanan bahagian pengoperasian Esscom.

Lawatan itu antara lain bertujuan meninjau pembangunan dan perkembangan terkini Esscom, terutama keperluan daripada segi logistik dan aset dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Ruji kemudian memberikan taklimat fungsi dan peranan Esscom, termasuk cabaran dan kekangan yang dihadapi Esscom dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan rakyat Sabah, khususnya di Esszone.


Othman, dalam ucapan ringkasnya, berkata beliau bertekad untuk membantu merealisasikan misi dan visi Esscom, khususnya yang ada kaitan dengan keperluan peralatan, aset dan perjawatan di Esscom.

“Situasi tugasan dan keadaan di Esscom berbeza dengan keadaan mereka yang bertugas di pejabat biasa, dan saya percaya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengambil kira perkara ini dalam memperhalusi perjawatan yang akan diluluskan di bawah penstrukturan semula Esscom tidak lama lagi,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Esscom di sini hari ini.

Rombongan itu turut melawat Kampung Tanduo dan Tanjung Labian serta beberapa pos kawalan di perairan Semporna, termasuk Pulau Mataking, Danawan, Kapalai, Mabul dan Manampilik.

Esscom diwujudkan pada 1 April 2013 selepas berlakunya insiden pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu awal tahun lepas.

Esszone merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau. Daerah-daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori