• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jemaah Haji 2014 Bakal Mendapat “Haji Akbar”

oleh AK-47
04/10/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah anda mendengar apakah itu Haji Akbar?

Haji Akbar ialah haji yang ditunggu dan diharap umat Islam seluruh dunia kerana membawa kepada pelbagai fadhilat.

Untuk pengetahuan anda, seseorang bakal mendapat Haji Akbar apabila dapat melakukan wuquf di Arafah jika ianya jatuh pada hari Jumaat, memetik entri blog Denaihati.com.

Tahun 2014 ini, Kerajaan Arab Saudi menetapkan wukuf pada hari jumaat yang diyakini menjadi Haji Akbar.

Wah, beruntung jemaah haji yang dipilih pada tahun ini!

Yawm-ul-Arafah rahmanhatim93.blogspot.com

arafah-doa2

Antara fadilatnya ialah haji yang dilakukan adalah seumpama haji yang telah dikerjakan oleh Rasulullah SAW kerana ketika Nabi menunaikan haji wada’ , wuquf di Arafah jatuh pada hari Jumaat.

Jumaat merupakan penghulu bagi segala hari dan ia merupakan saat dan waktu yang doa seseorang mudah diperkenankan.

Malah dalam surah At-Taubah ayat 3 ada menyatakan, “Dan inilah satu makluman dari Allah SWT dan Rasul-Nya kepada manusia pada hari Haji Akbar, bahawa Allah SWT melepaskan diri dari perjanjian dengan orang Musyrikin”

Banyak lagi lah kebaikan-kebaikan yang bakal diterima jemaah haji tahun ini hinggakan Ibn al-Qayyim telah menyenaraikan beberapa kebaikan Haji Akbar ini.

Antaranya ialah:

-Bertemunya dua hari (Arafah dan Jumaat) yang merupakan sebaik-baik hari.

-Hari yang mudah diperkenankan doa oleh Allah.

-Bersamaan dengan hari wuquf Rasulullah saw ketika mengerjakan haji wada’.

-Pertemuan besar manusia di Arafah pada hari wuquf, ditambah pula pertemuan pada hari Jumaat untuk khutbah dan solat Jumaat.

-Kedua-dua hari tersebut merupakan hari ‘raya’.

-Ketaatan dan amalan soleh yang dibuat pada hari Jumaat mempunyai nilaian dan kelebihannya yang tersendiri.

-Bersamaan dengan Hari Perhimpunan Agung di akhirat kelak. Rasulullah saw juga telah menyatakan bahawa kiamat akan berlaku pada hari Jumaat.

Oleh itu ,jangan lupa berdoa agar suatu hari nanti kita juga diberi peluang melakukan Haji Akhbar ini! – MYNEWSHUB

Oleh : FARAH R

Tags: Haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya...

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

08/06/2025
0

MAKKAH - Presidensi Am Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Arab Saudi menggesa para jemaah haji supaya mematuhi langkah-langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd