• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jaclyn Victor Terjemah Rasa Melalui Album ‘Unleashed’

oleh Ahmad Albab
30/10/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

Progresif dalam mengukuhkan namanya di persada muzik tempatan mahupun antarabangsa, pemilik nama Jaclyn Joshua Thanaraj Victor atau Jaclyn Victor bakal tampil dengan album Inggeris pertama berjudul Unleashed.

Album tersebut yang akan terjual di pasaran secara rasmi pada 20 November hadapan, juga bakal dilancarkan di 80 platform digital termasuk iTunes bermula 14 November.

Tampil dengan kelainan, album kali ini turut mendapat sentuhannya sendiri dalam penghasilan bait lirik, dengan kerjasama komposer prolifik, Edry Abdul Halim.

“Bakat Jaclyn Victor sememangnya layak untuk diiktiraf pada platform yang lebih besar, dan Unleashed adalah penciptaan semula repertoire (himpunan) beliau kepada penonton global,” ujar Edry.

Remedy dipilih sebagai ‘single’ pertama bagi memperkenalkan album itu kepada khalayak. Selain lagu tersebut, Unleashed memuatkan Over and Over, Delirious, Pinnacle, Sweeter Than A Dream dan banyak lagi.

Figura yang mencipta nama melalui program Malaysian Idol musim pertama itu turut berduet bersama kumpulan R&B antarabangsa, Az Yet melalui lagu Magical Moments yang menjadi runut bunyi untuk filem animasi Ribbit.

IMG_1234

“Menulis lirik saya sendiri untuk lagu Over and Over, Delirious dan Sweeter Than A Dream adalah merupakan satu peningkatan dalam karier saya.

“Saya berasa sungguh teruja bila dapat memberikan sentuhan saya sendiri ke dalam lagu yang saya nyanyikan. Saya benar-benar berharap agar semua dapat menikmati dan menerima karya dalam Unleashed, kerana pastinya ia telah dibuat dengan penuh kasih sayang.”

Selain Edry, album itu juga turut digarap kemas oleh Yusry Abdul Halim dan salah seorang ahli Az Yet yang juga suami kepada Jac, Shawn Rivera.

Buat peminat yang mendambakan koleksi terbaru dari Jaclyn Victor selepas Ikut Rentakku yang dipasarkan tahun lepas, pastinya Unleashed harus dimiliki!

– MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

 

Tags: ArtisKRUpenyanyi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

Kapal Kargo Bawa 14 Kru Karam

Kapal Kargo Bawa 14 Kru Karam

26/11/2023
0

ATHENS: Sebuah kapal kargo dengan bendera Comoros serta membawa 14 orang, dilaporkan karam di pesisir Pulau Lesbos ketika angin kencang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd