• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Tambang: Pengusaha Bas Makin Tersepit

oleh Ahmad Albab
01/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Beberapa syarikat pengusaha bas ekspres mengakui terpaksa mengurangkan perkhidmatan sehingga 30 peratus berikutan peningkatan pelbagai kos, sedangkan kadar tambang masih tidak dinaikkan.

Akibat bimbang operasi syarikat ‘gulung tikar’ langkah lain turut dilaksanakan termasuk mencantumkan destinasi untuk mengelak penggunaan tenaga kerja dan kenderaan berlebihan yang boleh membebankan syarikat.

Pengarah Eksekutif Konsortium Transnasional Bhd (KTB), Tengku Mohd Hasmadi Tengku Hashim berkata, kos yang tinggi menyebabkan syarikat tiada duit lebihan bagi perbelanjaan modal untuk membeli bas baharu.

“Tiada keuntungan, jadi syarikat tidak boleh beli bas baharu. Akibat ketiadaan bas (baharu), jadi secara automatiknya laluan perjalanan terpaksa dikurangkan,” katanya kepada mStar Online.

Menurutnya, harga sebuah bas bagi kelas ekonomi (Plus Liner/Transnasional) yang menjadi pilihan penumpang di laluan popular iaitu Pantai Timur mencecah RM500,000.

Jelas beliau, syarikatnya hanya mempunyai 40 bas baharu sejak empat tahun lalu kerana tiada keuntungan positif.

“Kita hanya mampu beli 10 bas setiap tahun sejak empat tahun lalu berbanding 100 buah setiap tahun pada 2009 dan 2010,” katanya.

Bagi mengelakkan peningkatan kos, Tengku Mohd Hasmadi berkata, syarikatnya terpaksa mengambil pendekatan pencantuman destinasi.

“Sebagai contoh, jika dulu ada laluan Kuala Lumpur – Tumpat tapi sekarang kita guna laluan Kuala Lumpur – Kota Baru – Tumpat. Sebuah bas terpaksa pergi ke dua destinasi,” katanya.

Beliau berkata, syarikat tersebut hanya melakukan 700 pelepasan setiap hari berbanding 1,000 pelepasan sebelum ini.

“Ia satu penurunan yang drastik. Kita terpaksa (kurangkan laluan) melakukannya untuk terus menyediakan perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.

Justeru Tengku Mohd Hasmadi segera mempertimbangkan cadangan menaikkan kadar tambang sebanyak lima peratus setiap tahun untuk menangani masalah tersebut.

“Tidak perlu kenaikan mendadak seperti mana pada 2008 lalu tetapi cukupnya sekiranya lima peratus setahun,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Utama Ekspres, Tajudin Mohamad Yunus turut mengakui hanya 21 daripada 26 bas milik syarikat itu beroperasi setiap hari kerana tidak mampu bersaing dengan syarikat bas lain akibat kenaikan kos.

“Kita tak ada penambahan laluan. Kita hanya gerakkan 21 daripada 26 bas yang kita ada. Kita tak berani nak gerakkan banyak bas kerana takut rugi.

“Dengan tambang bas yang rendah tetapi kos perkhidmatan tinggi, kita juga tak ambil pekerja ramai kerana ia memerlukan kos yang tinggi. Kita tidak mahu berdepan risiko gulung tikar, jadi pendekatan tersebut diambil untuk terus beroperasi,” katanya.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa) berkata adalah memadai jika tambang dinaikkan sebanyak 20 peratus setiap lima tahun bagi memastikan syarikat pengusaha bas meneruskan perkhidmatan.

“Kami hanya mahu 20 peratus setiap lima tahun, ia jumlah yang munasabah. Saya harap kerajaan pertimbangkan permohonan yang dikemukakan tahun lalu dalam masa terdekat demi kepentingan pengusaha bas di negara,” katanya.

Sehingga kini, tiada perkembangan mengenai perkara itu walaupun terdapat ‘cakap-cakap’ menyatakan kadar baharu kenaikan tambang bas ekspres akan diputuskan selepas Aidilfitri tahun ini.

Tambang bas ekspres dinaikkan sebanyak 30 peratus kali terakhir pada 2008, dan sejak itu pengusaha bas mengalami kenaikan kos sehingga 36 peratus.‬ – mStar Online

Tags: bas ekspres
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

10/06/2025
0

Maran: Sebuah bas ekspres membawa 28 penumpang terbabit dalam kemalangan apabila melanggar belakang treler di Kilometer 161.5 Lebuhraya Pantai Timur...

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

30/05/2025
0

KUALA KRAI: Tiga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan Perodua Myvi di Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd