Belum pun dapat merangkak, berjalan apatah lagi bercakap, tapi sudah popular macam kedua-dua ibu bapanya. Bertuah sungguh Lara Alana binti Ahmad Awaluddin ini.
Mana tidaknya, baru beberapa hari akaun instagram yang menggunakan nama dan memaparkan ‘update’ tentang Lara dibuka, pengikutnya sudah mencecah lebih 120 ribu.
Menurut Awal Ashaari, akaun tersebut telah dibuat semenjak sebelum kelahiran bayinya lagi, namun baru-baru ini ia dibuka kepada umum.
Memetik kenyataan beliau yang disiarkan portal Murai, “Terkejut jugaklah, bila saya tukar daripada ‘private’ ke ‘public’ ia terus mendapat beribu-ribu pengikut dan bertambah dari semasa ke semasa.”
Ujarnya lagi, “Ia akan menjadi seperti biografi dan kenang-kenangan kepada Lara apabila dia dewasa nanti.”
Akaun tersebut telah dibuat semenjak Jun lepas dan pastinya, para peminat akan terus menekan butang ‘follow’ bagi menyaksikan kemaskini terbaru si comel tersebut. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IZZAT MOHD ANUAR


