• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Input PIDD Jadi Panduan Pembangunan Perak

oleh Ahmad Albab
20/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Input pada Dialog Pembangunan Antarabangsa Pangkor (PIDD) akan dijadikan sebagai panduan untuk membangunkan Perak, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata anggota panel pada dialog itu terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman dalam pelbagai bidang dan merupakan pakar strategi dan pakar inovasi.

“Kita mengharapkan dengan pandangan (input) itu dapat membantu kita merancang dan  membangunkan Perak (khususnya) dan Malaysia amnya,” katanya
kepada pemberita selepas merasmikan PIDD 2014 bertema “Tadbir Urus Baik bagi Kekayaan Inklusif” di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri sentiasa berusaha mengantarabangsakan Perak, dan penganjuran PIDD diyakini dapat meletakkan negeri itu di persada antarabangsa.

“Diharapkan persidangan ini boleh dijalankan setiap tahun … boleh menjadi persidangan yang berpengaruh kepada Perak dan Malaysia amnya,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Zambry berkata PIDD merupakan platform penting dalam usaha menangani cabaran pembangunan secara strategik dan holistik.

“Isu berkaitan tadbir urus baik dan pengagihan kekayaan kini menjadi lebih kompleks dan mencabar. Kita menyaksikan berlakunya skandal korporat dan seterusnya menyebabkan kejatuhan syarikat-syarikat multinasional yang menjadi muflis dan terpaksa gulung tikar,” katanya.

Antara penceramah pada dialog itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Pakar Inovatif dan Strategi Persaingan Morinosuke Kawaguchi, Pakar Ekonomi Prof Rajah Rasiah, Pengasas dan Pengerusi The Sunway Group Tan Sri Jeffrey Cheah dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia Datuk Hafsah Hashim. – BERNAMA

Tags: Zambry Abdul Kadir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

Zambry Setuju Moratorium Pelawaan PPT Swaakreditasi Dilaksanakan

20/04/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, bersetuju moratorium pelawaan Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) Swaakreditasi dilaksanakan bagi...

Zambry Dilantik Setiausaha Agung BN Baharu

09/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd