• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jom Menyelami Kehidupan ‘Normal’ Seorang Wartawan

oleh AK-47
06/10/2014
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Menjadi seorang wartawan yang dipaksa bertugas 24 jam, 7 hari seminggu adalah perkara biasa bagi kami. Samada suka atau tidak, kebanyakkan wartawan tidak bermasalah dengan jadual kerja sebegini. Namun, jika anda inginkan hak anda menjalani kehidupan normal seperti rakan anda yang bekerja sebagai eksekutif korporat, lupakan yer. Kami tidak mempunya kehidupan normal seperti anda impikan.

Artikel ini dipetik dari portal www.newscastic.com/news/how-being-a-journalist-takes-over-our-normal-life.

Antara bidang tugas yang ingin kami kongsikan ;-

1. Mengekori kereta peronda polis, ambulan, Jabatan Pertahanan Awam dan segala jentera kecemasan.

Ini perkara biasa. Kami ingin memastikan kami berada di lokasi untuk mendapatkan berita yang sahih. Jika diluar waktu bekerja sekalipun, jika terserempak dengan kelibat kenderaan ini, kami tetap teruja untuk mengetahui apa yang terjadi.

journalist 1

 2. Terlalu banyak bertanya soalan.

Kami minta maaf jika ini sangat menganggu. Kami bukan hendak menjadi seorang pendakwa raya. Kami inginkan kepastian dan maklumat agar berita jelas dan tidak dimanupulasi.

journalist2

3. Menjadi guru tatabahasa di laman sosial.

Kami bukan nak tunjuk pandai, tapi kerana kesilapan tatabahasa adalah ‘dosa maha besar’ bagi penulisan kami, jadi secara automatik, kami akan menegur.  Jika anda tahu apa ‘makan kami’ yang diberikan oleh editor ketika kesilapan dilakukan semasa menyiapkan artikel, mungkin tidak tergamak anda mengeluarkan ayat ‘apalah sangat dengan tatabahasa’.

journalist 3

 4. Terlalu menyibuk.

Tugas kami ialah untuk menulis berita dan menyebarkan kepada rakyat supaya mereka tahu apa yang sedang berlaku. Kadang-kadang kami lupa untuk meninggalkan sifat kecil ini di bilik berita dan terlepas ke dalam kehidupan sosial. Sama ada menyibuk pada jiran baru, mengorek rahsia tentang perceraian Senah dan Leman, atau apa-apa rahsia yang boleh dikorek, ia timbul secara semula jadi dalam otak kami. Kami PERLU tahu segala-galanya!

journalist 4

 5. Kopi adalah ‘nyawa’ bagi kami.

Tidak kira semasa waktu bekerja atau tidak, hidup kami hanya kopi… Jika ada piramid makanan untuk wartawan, keempat-empat aras makanannya itu hanyalah kopi!

journalist 5

6. Kamu akan di ‘Google’!

Jika bertemu dengan orang baru yang mungkin menjadi rakan kongsi perniagaan atau teman percintaan, atau sedang ‘dating’ dengan seseorang, kesemua latar belakang, masa silam mereka akan akan kami kaji. Kami akan cuba dapatkan segala maklumat tentang mereka. Ia berlaku secara semulajadi dan kami mempunyai sumber-sumber yang boleh dipercayai. Jika kamu fikir boleh menyembunyikan sesuatu dari wartawan, sedih kamu mungkin tersilap maklumat. Jangan berahsia dengan wartawan yer, jadi cara yang terbaik jadila diri sendiri!

journalist 6

 7. Menyampuk ketika perbualan. 

Sejujurnya, kami tidak berniat untuk menjadi kurang ajar. Tetapi apabila anda mempunyai idea yang kreatif dan mengalir pada setiap masa, kami terpaksa bertindak pantas. Kami mungkin terpaksa menyampuk barang seminit dua untuk mendapatkan sudut penulisan terbaik. Sebenarnya, ia tiada kena mengena dengan kamu, kami yang tak mampu menahan diri kami sebenarnya untuk tidak bertanya.

journalist 7

 

 9. Tangan tak berhenti menconteng setiap masa. 

Ini lagi satu masalah kami… Wartawan dan buku nota memang tidak dapat dipisahkan. Jika buku nota kami hilang, kami tetap akan menulis. Atas tisu, resit, kertas lama…. tak kira, asalkan kami boleh menulis!

journalist 8

 8.  Kami tonton berita

Kami tahu bukan semua orang ingin sangat mengambil berat tentang apa yang sedang berlaku di dunia ini. Kami faham kenapa anda tak kisah tengok berita tetapi tidak bagi kami. Siaran berita wajib ditonton. Kami bukan sekadar ingin tahu apa yang terjadi tetapi akan melihat dari sudut apakah nilai berita iti disiarkan dan stesen tv manakah yag akan menyampaikan maklumat paling tepat. Wartawan jenis apakah jika buta hal-hal sekeliling dan ketinggalan?

journalist 9

 9. Kami melayani emel, laman sosial dan memeriksa telefon setiap masa.

Berita tidak pernah tidur. Jadi ya, kami akan memeriksa e-mel kami, Facebook, Twitter dan laman berita sepanjang hari. Maafkan kami untuk hal ini tapi kami perlu peka setiap masa. Kami perlu tahu apa yang terjadi dan tidak ingin ketinggalan. Waima sedang bertemu janji atau makan malam istimewa, jika sebarang kes terjadi dan kami dipanggil bertugas, kami perlu meninggalkan majlis untuk membuat liputan.
journalist 10

 11. Kami derita ‘insomnia’

Fikiran kami berjalan sepanjang hari dan malangnya tidak berhenti di waktu malam. Kesannya, kami sukar nak tidur malam… Mungkin juga faktor pengambilan kopi kami yang tidak masuk akal juga menyebabkan kami payah nak tidur.

Seronokkan kehidupan ‘normal’ kami…. Anda tahan? :- MYNEWSHUB.CC

Oleh: KAKAK KAWASAN

 

Tags: tips
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

3 Tips Penting Sebelum Balik Kampung Raya Ini

24/05/2018
0

SAMBUTAN Hari Raya Aidilfitri menjelang tiba, semua orang pasti tidak sabar mahu pulang ke kampung halaman berhari raya bersama keluarga...

Tips-Tips Menarik Untuk Kelihatan Lebih Tinggi

18/01/2018
0

Buat si gadis yang memiliki ketinggian yang agak kurang memuaskan mungkin boleh ikuti trik ini untuk kelihatan lebih tinggi. Perincian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd