• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Identiti 3 Lagi Mangsa Nahas Di Rompin Dikenal Pasti

oleh Ahmad Albab
07/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMPIN – Identiti tiga daripada enam sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 142.8 Jalan Kuantan-Segamat, Muadzam Shah di sini malam tadi, sudah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata mereka terdiri daripada tiga beradik iaitu Mohd Wazin Azhar, 20, Ain Nadiah, 13, dan Ain Najihah, 2.

Identiti tiga mangsa yang dikenal pasti semalam ialah bapa mereka, Azhar Mat Ali, 43, dan dua isterinya, Zaliha Johar, 42, (isteri pertama) dan Siti Habibah Kasbon, 43, (isteri kedua).

Mayat Azhar, Ain Nadiah dan Ain Najihah (kedua-duanya anak isteri kedua) dihantar ke Hospital Muadzam Shah manakala mayat Mohd Wazin (anak isteri pertama), Zaliha dan Siti Habibah dihantar ke Hospital Rompin, katanya.

“Kesemua mangsa akan dibedah siasat pada pagi ini di hospital berkenaan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Johari berkata, kemalangan kira-kira jam 8.30 malam itu berlaku semasa enam sekeluarga itu dalam perjalanan dari arah Segamat menuju ke rumah ibu Azhar di Keratong 2, Bandar Tun Razak di sini, apabila hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah bas.

ROMPIN: Keadaan bus yang terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan enam maut dipercayai sekeluarga selepas kereta jenis Perodua Alza yang dinaiki mereka terbabit dalam nahas melibatkan sebuah bas ekspres Maraliner dan sebuah kereta Perodua Myvi malam tadi. - Foto BERNAMA
ROMPIN: Keadaan bus yang terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan enam maut dipercayai sekeluarga selepas kereta jenis Perodua Alza yang dinaiki mereka terbabit dalam nahas melibatkan sebuah bas ekspres Maraliner dan sebuah kereta Perodua Myvi malam tadi. – Foto BERNAMA

Katanya, seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan dalam bas itu mengalami kecederaan ringan di kepala namun dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Segamat manakala pemandu bas yang cedera di mata akibat terkena serpihan cermin bas kini dirawat di hospital sama.

Seramai 25 lagi penumpang bas itu tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Hamilton Juarai GP Jepun, Bianchi Ke Hospital

Next Post

Wanita Cina, India Disaran Sertai PERWANI

Related Posts

Dua Beranak Maut Motosikal Hilang Kawalan Bertembung Pacuan Empat Roda

Dua Beranak Maut Motosikal Hilang Kawalan Bertembung Pacuan Empat Roda

05/07/2025
0

TANGKAK – Dua beranak maut dalam kemalangan membabitkan sebuah pacuan empat roda dan motosikal di Kilometer 2.5, Jalan Sialang pada...

Warga Emas Maut, Dua Cedera Nahas Di JRTB Gerik-Jeli

Warga Emas Maut, Dua Cedera Nahas Di JRTB Gerik-Jeli

26/06/2025
0

IPOH - Seorang warga emas maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam nahas dengan sebuah lori...

Next Post

Wanita Cina, India Disaran Sertai PERWANI

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd