Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

TMJ Harap Pengadil Bersikap...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menganggap Johor Darul...

Paip Bocor Punca Runtuhan...

PETALING JAYA – Kebocoran pada sistem perpaipan bekalan air punca berlakunya runtuhan tanah...

Mulakan Perniagaan Dalam Talian...

KUALA LUMPUR - Sebut sahaja Mudah.my, Lazada, Shopee, 11Street, Zalora, FashionValet dan Alibaba,...

Kerajaan Persekutuan Bangunkan Kelantan...

KOTA BAHARU - Kerajaan persekutuan sedang memberi perhatian yang lebih untuk membangunkan Kelantan...

Ibu Bapa Bersyukur Mohammad Azlan Raih Tiga Emas

SEPANG – “Sebagai buruh binaan tiada apa yang mampu saya hadiahkan selain daripada sedekahkan surah Al-Fatihah setiap kali menunaikan solat,” kata Mat Lazim Ali berhubung kejayaan anaknya Mohammad Azlan meraih tiga pingat emas pada temasya Sukan Asia.

Mohammad Azlan mempersembahkan aksi cemerlang di Incheon, Korea Selatan untuk membawa pulang tiga pingat emas menerusi acara 100 meter lelaki, 200 meter lelaki dan 400 meter lelaki dalam kategori kecacatan T38.

Mat Lazim berkata, beliau bangga dengan kejayaan anaknya dan bersyukur kepada Allah SWT kerana membantu anaknya yang terpaksa bersusah payah sebelum ini.

Katanya sebelum ini Mohammad Azlan hampir berputus asa kerana kerap mengalami kesakitan di bahagian kaki, yang sering dialami sebelum menjadi atlet lagi.

“Dia (Mohammad Azlan) ada mengadu kepada saya dan isteri saya bahawa dia ‘patah hati’ dan tidak mahu meneruskan latihan di Bukit Jalil, Kuala Lumpur kerana kerap mengalami kesakitan.

“Justeru, saya dan isteri telah memberi kata-kata semangat kepada dia untuk terus berusaha kerana jika dia pulang ke Kemaman, Terengganu nanti, tidak ada apa yang beliau dapat lakukan selain berada di rumah,” katanya ketika ditemui Bernama di sini malam tadi.


Katanya harapannya kini untuk melihat anaknya mencatatkan lebih banyak kejayaan dan beraksi di peringkat sukan Olimpik.

Ibu Mohammad Azlan, Rohani Abu Bakar, 49, pula berkata beliau tidak menjangka anaknya mampu memenangi tiga pingat emas dan menyifatkannya sebagai rezeki daripada Allah SWT.

“Saya tidak sangka Mohammad Azlan boleh menang pingat ini, saya bersyukur dengan kejayaan tersebut,” katanya dan menurutnya setiap kali menunaikan solat beliau akan sentiasa mendoakan kejayaan anaknya.

Kontinjen negara yang dibarisi 135 atlet paralimpik ternyata menunjukkan peningkatan prestasi apabila secara keseluruhannya mencatatkan pungutan 15 pingat emas, 20 perak dan 27 gangsa. Temasya terbesar di rantau Asia itu yang menutup tirainya pada Jumaat, bermula pada 18 Okt, mempertandingkan 23 acara, namun Malaysia hanya menyertai 15 acara.

Pada temasya sama di Guangzhou, Malaysia hanya meraih sembilan pingat emas, 13 perak dan 23 gangsa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori