• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IADA Siap Sedia Hadapi Banjir 3 Daerah Di Kelantan

oleh Ahmad Albab
03/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Projek Kawasan Pembangunan Bersepadu Kemasin Semerak (IADA), sudah bersiap sedia menghadapi musim banjir di negeri ini yang dijangka bermula Oktober hingga Februari tahun depan.

Pengarah IADA Nik Hamadi Nik Abdullah berkata tiga pintu kawalan air pasang surut utama diletak dalam keadaan berjaga-jaga selama 24 jam mulai hari ini di tiga daerah yang menjadi kawasan utama banjir iaitu Kota Baharu, Bachok dan Pasir Puteh.

“Pintu-pintu kawalan itu terletak di Pangkalan Petah di Bachok dan Gong Kulim serta Kampung Lembah, kedua-duanya di Pasir Puteh,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata ketiga-tiganya berfungsi mengalirkan air yang berlebihan akibat hujan lebat ke Laut China Selatan dan menutupnya jika air laut pasang besar bagi menghalang kemasukan air laut ke kawasan daratan yang didiami penduduk.

Pintu kawalan air di Gong Kulim umpamanya, akan berperanan menyelamatkan bandar Pasir Puteh yang biasanya mudah dilanda banjir setiap tahun akibat limpahan Sungai Semerak.

“Pintu kawalan itu akan berfungsi secara automatik mengikut paras air laut dan darat sebagaimana yang ditetapkan,” katanya.

Nik Hamadi berkata, sebanyak 26 pintu kawalan air kecil pula yang dibina di kampung-kampung akan turut berperanan mengalirkan air yang datang dari kawasan pedalaman ke kawasan parit jejari sehingga ke kawasan perparitan termasuk ke Terusan Semerak sebelum ke Laut China Selatan.

Beliau berkata persiapan itu adalah sebahagian daripada matlamat utama penubuhan IADA oleh kerajaan pusat untuk mengurangkan ancaman banjir selain memajukan sektor pertanian bagi meningkatkan taraf hidup petani. – BERNAMA

Tags: BanjirKelantan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Azmin Ali Umum Potong Gaji MB, Exco, Speaker Dan Timbalan

Next Post

Dua Kongsi Gelap Bergabung, Polis P Pinang Akan Bertindak

Related Posts

Projek Tebatan Banjir Di Kelantan Disegerakan – PM

Projek Tebatan Banjir Di Kelantan Disegerakan – PM

12/04/2025
3

BACHOK: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan menyegerakan projek tebatan banjir di Kelantan bagi menyelesaikan masalah banjir yang saban...

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

Berulang-Alik Lebih 30 Kali Selamatkan Murid Terkandas Akibat Banjir

25/03/2025
0

JOHOR BAHRU: "Nyawa lebih penting daripada barang. Kalau bukan kita yang bantu, siapa lagi?," kata Mohd Afiq Yuzaini yang menggunakan...

Next Post

Dua Kongsi Gelap Bergabung, Polis P Pinang Akan Bertindak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd