Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

FAMA Beri Amaran Tindakan...

PADANG BESAR - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi amaran kepada peniaga yang...

Sembrong Bukan Tempat Ujian...

KLUANG – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyeru masyarakat agar...

Ketumbuhan Menyerupai Payudara Tumbuh...

PAYU DARA di bahagian belakang badan. Jangan terkejut tetapi ia dialami oleh seorang...

David Letterman Ucap Selamat...

AKHIRNYA setelah 33 tahun mengacarakan program bual bicara lewat malam, Late Show with...

HTC Kembali Ke Arena Tablet Dengan Nexus 9

Pihak Google akan melancarkan sebuah tablet Nexus baru bersaiz 8.9-inci yang mana dibangunkan bersama-sama pihak HTC.

Dinamakan Nexus 9, ia hadir dengan rekaan yang mesra untuk dipegang dengan sebelah tangan, dan amat ringan serta membawakan bahagian kerangka tepi yang nipis.

Peranti baru tersebut hadir dengan cip pemprosesan 64-bit, serta dilengkapi dengan sokongan HTC BoomSound yang mana membawakan dwi-speaker pada bahagian hadapan.

nexus9_01

Beberapa aksesori turut disediakan, termasuk sebuah papan kekunci yang boleh disambungkan secara magnetik pada Nexus 9 ini, sekaligus memudahkan lagi anda membuat tugasan kerja menggunakannya.

Dari segi spesifikasi, ia menyertakan skrin 8.9 inci IPS LCD, bateri berkapasiti 6700mAh, kamera belakang 8-megapixel, kamera hadapan 1.6-megapixel, dan cip 64-bit NVIDIA Tegra K1 2.3Ghz.

Pra tempahan akan dibuka untuk pengguna di Amerika Syarikat bermula 17 Oktober ini, dan ia akan mula dijual bermula 3 November kelak di Amerika Syarikat.


Bagi pasaran Malaysia, pihak HTC masih belum memberi apa-apa maklumat berkaitan harga dan tarikh rasmi penjualannya.

Harga bagi sebuah tablet ini ialah USD339 (RM1111) untuk versi storan 16GB, USD479 (RM1559) untuk versi 32GB dan USD599 (RM1963) untuk versi 32GB 4G LTE.

Sumber: Technave

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori