• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Himpunan Protes Harga Minyak Tunjuk ‘Demo Makan Pasir’

oleh AK-47
09/10/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini di bangunan Parlimen, kira-kira 100 orang berhimpun kononnya bagi membantah tindakan kerajaan memansuhkan 20 sen subsidi ke atas harga petrol RON95 pada 2 Oktober lepas.

Demonstrasi kecil-kecilan itu yang dinamakan PROTES disertai Pemuda PAS Malaysia, aktivis badan bukan kerajaan (NGO) Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dan kumpulan Asal Bukan UMNO dan diadakan di luar pintu masuk ke Parlimen.

Yang peliknya, ada satu pertunjukan kecil diadakan melibatkan beberapa orang lelaki India duduk di tepi laluan masuk ke Parlimen sambil memegang beberapa plastik sampah hitam dan ada sedikit pasir diletakkan di dalam pinggan di hadapan mereka.

Seorang wanita Melayu, dilihat memegang sehelai kertas yang tertulis perkataan “Mahu Bagi Rakyat Makan Pasir kah??” sambil sama-sama duduk dengan lelaki India itu.

[BACA – Pemuda PAS Mahu Sertai Perhimpunan Haram Rabu Ini]

Seorang daripada mereka dilihat seperti meniarap dan memegang kertas bertulis beban hidup di bawah timbunan plastik sampah hitam berkenaan.

Mereka turut memegang beberapa helai kertas menunjukkan beberapa komitmen kewangan yang perlu dibayar dalam kehidupan di Malaysia antaranya belanja pendidikan, hutang rumah dan harga minyak.

Gambar itu yang dikongsikan di laman sosial Facebook mendapat kritikan daripada orang ramai apabila mempersoalkan adakah rakyat Malaysia di tahap susah sehingga sampai tahap terpaksa makan pasir.

KomenFacebook_1

Ada di antara komen yang ditulis meminta, mereka yang melakukan demonstrasi itu supaya makan pasir yang berada di dalam pinggan jika keadaan telah begitu susah sehingga ke tahap itu.

Pastinya kumpulan itu tidak sanggup untuk memakan pasir berkenaan kerana kebajikan rakyat dan masalah orang ramai sentiasa diberikan perhatian oleh kerajaan.

Tahap mana miskin pun, kestabilan di Malaysia tidaklah sampai tahap ada warganya yang memakan pasir serta hidup sampai tahap melarat.

Berkenaan himpunan PROTES berkenaan, ada di antara peserta yang memakain baju T berwarna merah sambil melaungkan slogan membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan juga Kadar Miskin Tegar Bertambah.

Pada perhimpunan itu, pihak pengurusan Parlimen memberikan kebenaran kepda tujuh orang wakil perhimpunan itu untuk masuk ke Parlimen dan menyerahkan memorandum kepada wakil kerajaan.

Ketika ini Sidang Dewan Rakyat kembali berjalan bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen Ke-13 yang bermula semalam hingga 27 November ini. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

Tags: Perhimpunan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Perhimpunan Women’s March Di KL

Polis Siasat Perhimpunan Women’s March Di KL

12/03/2023
0

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung pengajuran perhimpunan dan perarakan sempena Hari Wanita 2023 yang diadakan di Kuala Lumpur pagi...

Rafizi Minta Penyokong PKR, PH Jangan Adakan Perhimpunan

Rafizi Minta Penyokong PKR, PH Jangan Adakan Perhimpunan

24/11/2022
0

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli meminta penyokong dan anggota parti serta Pakatan Harapan (PH)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd