• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Henti Gelar Pendatang dan Penceroboh – Presiden IKRAM

oleh Ahmad Albab
26/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kebelakangan ini, banyak pihak yang berdiri atas pegangan membela kaum telah mengeluarkan bermacam-macam kenyataan tentang isu perkauman dan menggelar pihak kedua sebagai pendatang, penceroboh dan sebagainya.

Mengambil inisiatif untuk meredakan ‘api’ perkauman yang semakin marak, Presiden sebuah NGO Islam, Pertubuhan IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad menyeru rakyat Malaysia menghentikan perbuatan tersebut terhadap bukan Melayu dan Islam.

Dalam laporan yang dimuat naik portal The Malaysian Insider, beliau menyeru agar masyarakat Malaysia menfokuskan matlamat untuk mencetuskan suasana harmoni, saling menghormati dan memupuk persefahaman antara kaum.

Ujarnya,”Apakah mungkin kaum bukan Melayu dan bukan Islam yang membangunkan negara ini dengan jiwa raga mereka terus digelar pendatang dan penceroboh sedangkan negara ini adalah tanah tumpah negara mereka.”

“Gelar-menggelar seperti ini meliarkan golongan bukan Islam daripada orang Melayu dengan mempersoalkan kesetiaan mereka kepada negara dan menyudutkan mereka dengan stigma kaum pendatang dan penceroboh.”

Isu ini dilihat tidak berkesudahan dari dahulu apabila banyak pihak menggunakan perkataan sensitif ‘pendatang’ untuk mendefinisikan kaum bukan Melayu.

Tan Lai Soon
Tan Lai Soon

Ia makin menjadi panas apabila dalam Perhimpunan Agung parti Gerakan baru-baru ini, perwakilan Johor, Tan Lai Soon berkata, kaum Melayu juga merupakan kaum pendatang sama seperti Cina dan India.

Salah satu NGO aktif, ISMA kemudiannya membalas, kaum Melayu tidak dikategorikan sebagai pendatang, namun perantau kerana rata-ratanya berasal dari Tanah Melayu.

Tan Lai Soon kini digantung keahlian dan diminta memberi surat tunjuk sebab. Gerakan turut meminta maaf dengan kenyataan tersebut dan berkata, ia bukan pendirian parti tersebut. – MYNEWSHUB

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR 

Tags: GerakanIKRAMisu sensitifKaumNGO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

Dapatkan Sumbangan Beli Tanah Untuk Kuil Haram Daripada Menyibuk Hak Muslim – Firdaus Wong

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan mengapa Senator DAP, RA Lingeshwaran dan badan bukan...

Kita Bangsa Johor Tidak Kira Agama, Bangsa, Latar Belakang – Onn Hafiz

Kita Bangsa Johor Tidak Kira Agama, Bangsa, Latar Belakang – Onn Hafiz

09/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) Johor memastikan tiada rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd