• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Barang Jenama 1M’sia Kekal Sejak KR1M Diwujudkan

oleh Ahmad Albab
13/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Harga barang keperluan isi rumah jenama 1Malaysia tidak pernah dinaikkan sejak Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) diwujudkan pada 2011, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Menurutnya, setakat ini, KR1M menawarkan sebanyak 378 pilihan barang berkualiti dengan harga sehingga 50 peratus lebih rendah berbanding jenama terkenal.

“Pihak yang ingin membuat perbandingan bagi barang yang sama berjenama lain perlu mempunyai persamaan spesifikasi dan bahan yang digunakan agar perbandingan yang dibuat adil bagi semua pihak,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, Isnin.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Tian Chua (PKR-Batu) yang ingin tahu mengapa sesetengah barang 1Malaysia lebih mahal berbanding pesaing lain dengan membandingkan harga tisu Cutie Soft yang dijual di Mydin Kuala Terengganu pada harga RM6.50 dan tisu YiFa RM4.50 dengan tisu 1Malaysia yang berharga RM6.90.

Ahmad Bashah berkata, semakan harga yang dibuat oleh KPDNKK mendapati, perbandingan yang dibuat oleh Tian Chua adalah tidak tepat dan tidak memperincikan maklumat tisu yang dinyatakan.

“Tisu muka 1Malaysia (80 helai x 4 kotak) dengan harga RM3.70 dan tisu tandas 1Malaysia (200 helai x 10 gulung) berharga RM5.90. Manakala tisu Cutie Soft (200 helai x 10 gulung) berharga RM6.50 dan tisu YiFa (180 helai x 10 gulung) berharga RM4.50.

“Berdasarkan maklumat itu, harga yang dimaklumkan adalah tidak tepat dan perincian juga tidak dinyatakan,” kata Ahmad Bashah.

Menjawab soalan Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (BN-Mersing) mengenai pemantauan kualiti barangan KR1M, beliau berkata KPDNKK mempunyai pegawai di peringkat negeri untuk memantau operasi KR1M.

“Kementerian juga telah menubuhkan jawatankuasa bagi memastikan setiap kedai mematuhi harga ditetapkan, selain menjalankan pengauditan berkala bagi memastikan kualiti barangan terjamin,” jelasnya. – BERNAMA

Tags: KPDNKKKR1M
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Akaun Facebook Najib Razak ‘Mengimbau’ Kritikan Terhadap KR1M

Akaun Facebook Najib Razak ‘Mengimbau’ Kritikan Terhadap KR1M

04/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Facebook Najib Razak mengimbau kembali pelbagai kritikan dan penghinaan yang pernah dilemparkan terhadap inisiatif Kedai Rakyat...

Kedai Rakyat 1Malaysia Kekal Jadi Sebutan

Kedai Rakyat 1Malaysia Kekal Jadi Sebutan

04/04/2026
0

Gelisah apabila dianggap ‘copy & paste’ idea Najib Razak, terus ada berhujah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tutup sejak 2017. Tiada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd