Alahai, comel sungguh kucing ini walaupun reaksi muka kucing ini kelihatan bengis.
Seekor kucing parsi yang bernama Garfi ini pandai menambat hati orang ramai kerana pandai membuat ekspresi bengis dan garang.
Jangan tak tahu, kucing ini sangat popular dan kini menjadi perbualan pencinta kucing.
Pemiliknya, Hulya Ozkok yang tinggal di Turki sering merakam gambar aksi-aksi kucing comel ini sehingga gambar si comel ini mendapat 17,000 ‘view’ daripada orang ramai.
Bagi menampakkan gambar yang diambil semakin menarik , Hulya turut mengayakan Garfi dengan pelbagai aksesoril dan kepelbagaian berlatar belakang.
Ternyata setiap gambar yang dirakam Hulya berjaya menarik minat orang ramai untuk melihat aksi-aksi Garfi lagi.
Pandai Garfi walaupun membuat muka bengis yang seakan-akan sama, tetapi boleh membuat orang yang melihatnya geram dan suka pula.-mynewshub.cc
Oleh: Farah










