• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gangguan Bekalan Air Kawasan Seremban Pada 14-15 Okt

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sebahagian kawasan Seremban akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam mulai 8 pagi Selasa ini (14 Okt) berikutan kerja-kerja penyelenggaraan Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Loji Rawatan Air Sungai Terip dekat sini.

Penolong Pengurus Unit Komunikasi Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) Norzita Ismail berkata kawasan terlibat ialah seluruh bandar Seremban, Seremban 2, Taman Nusari Bayu, Taman Nusari Aman, Seremban 3, Temiang, Templer, Light Industri Templer, Lobak, Jalan Rasah, Mambau, Hospital Tuanku Jaafar Seremban, Hospital Pakar KPJ, Hospital Columbia dan Hemodialisis Mawar.

Turut terlibat Hospital Bersalin Cina Templer, Batu 1 Jalan Kuala Sawah hingga Taman Angsa Mas (Mambau), Jalan Labu, Taman Desa Rhu dan Taman Warisan Puteri (Sikamat), seluruh kawasan Ampangan, Paroi, Senawang, Rahang, kawasan industri Sungai Gadut, Taman Tuanku Jaafar dan Taman Seremban Selatan.

“Langkah kontigensi akan dilaksanakan sekiranya gangguan melebihi 24 jam (selepas tempoh penutupan). Antara langkah itu ialah penghantaran lori tangki dan penempatan tangki statik di Rasah Kemayan, Mantau Indah dan Pelegong, Labu Batu 8,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya bekalan air akan disambungkan semula selepas 8 pagi keesokannya (15 Okt) dan dijangka pulih secara berperingkat.

Bagaimanapun, katanya beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami tempoh pembaikan yang lebih lama.

Para pengguna yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Sains di talian bebas tol 1-800-88-6982. – BERNAMA

Tags: gangguan airNegeri Sembilan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Zahid Nasihat ADUN BN Tidak Campur Tangan Kemelut Takhta Negeri Sembilan

Zahid Nasihat ADUN BN Tidak Campur Tangan Kemelut Takhta Negeri Sembilan

19/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Semua Ahli Dewan Undangan (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan diminta tidak campur tangan dalam soal Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd