Friday, March 1, 2024

Creating liberating content

Takziah: Baby Sudah Cukup...

TAKZIAH kami ucapkan kepada pelakon Abby Abadi yang mengalami keguguran bayi lima bulan...

Malaysia Airports Kerjasama Pelepasan...

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports sedia memberi sepenuh kerjasama dan sokongan dalam pelaksanaan...

BN Selesai Umum Calon...

KUALA LUMPUR – Penamaan barisan calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan...

Ahli Parlimen GPS Jumpa...

KUCHING - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju bahawa isu berkenaan royalti...

Tikus Di Celah Rak Sayur Sebuah Pasar Raya Ternama Perkara Biasa?

Umum mengetahui tikus adalah binatang yang sinonim dengan kekotoran.

Jadi apabila ia ditemui bersama makanan maka jelas, ada isu kebersihan di situ.

Sepatutnya bila ditegur tentang ini maka pihak berkaitan harus ambil berat dan meminta maaf kepada pelanggan.

Tapi bila ia sebaliknya diambil sambil lewa, tak hairanlah pelanggan berasa geram lalu berkongsi perkara ini di Facebook.

Dalam satu status Facebook Isnin lalu, seorang pelanggan sebuah pasar raya ternama memuat naik gambar tikus terdapat di celah rak sayur.

Tikus yang ditemui ini pula bukanlah tikus comel warna putih tu tapi tikus mondok yang biasa hidup dalam sampah di tempat kotor dan diketahui boleh jadi pembawa penyakit.

GAMBAR: Tikus Di Celah Rak Sayur Perkara Biasa Di Aeon Mid Valley?

GAMBAR: Tikus Di Celah Rak Sayur Perkara Biasa Di Aeon Mid Valley?


Hal ini menimbulkan rasa jijik lalu pelanggan memberitahu seorang pekerja Bangladesh di sana agar memberitahu perkara ini kepada pengurus.

Pekerja itu bagaimana pun hanya memberitahu pekerja di kaunter timbang untuk memeriksa. Apa yang mengecewakan pekerja tersebut tidak menunjukkan riak terkejut langsung tentang penemuan tikus ini malah tidak pula meminta maaf kepada pelanggan.

Apa yang kami nampak ada DUA perkara penting yang boleh diambil pengajaran daripada insiden ini.

Pertama mana-mana syarikat harus mendidik pekerja agar tahu undang-undang asas perniagaan iaitu pelanggan harus dilayan sesopan mungkin dan kedua, sila cuci sayur yang dibeli betul-betul sebelum dimasak untuk hidangan keluarga tak kira bagaimana segar ia kelihatan pada pandangan mata anda.

Tikus amat berbahaya kerana air kencingnya boleh jadi punca penyakit yang membawa maut. – MYNEWSHUB

REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori