• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gambar Selfie Lima Sekeluarga Sebelum Dirempuh Treler!

oleh AK-47
08/10/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Perjalanan lima sekeluarga balik kampung untuk menyambut Aidiladha yang penuh keriangan bertukar mimpi ngeri apabila terbabit dalam nahas jalan raya hingga mengorbankan dua daripada mereka.

Norhayati Wook, 50, dan Siti Yuslianis Roslan, 20, meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 256, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, selepas Terowong Menora  sekitar jam 12.05 tengah hari tadi.

Apa yang menyedihkan salah seorang anggota keluarga tersebut iaitu Muhammad Yusrizal, 25, sempat merakam gambar selfie detik gembira mereka sekeluarga sebelum kemalangan berlaku.

10719146_10152718961473050_2085570509_n

Muhammad Yusriman, 23, yang memandu Proton Saga BLM untuk keluarganya ketika nahas berlaku pula dilaporkan tidak henti-henti melafazkan ‘saya minta maaf mak’ ketika ditemui pemberita di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh kerana dihantui rasa bersalah.

Yusriman mengalami cedera ringan begitu juga seorang lagi adiknya, Siti Yusliana, 12, yang cedera di tumit kaki manakala Yusrizal yang duduk di kerusi penumpang hadapan parah dan kini dirawat di HRPB.

Norhayati merupakan suri rumah manakala Siti Yuslianis masih menuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Kuala Terengganu.

Ketika kejadian keluarga ini dalam perjalanan dari Bukit Sentosa, Rawang ke Lenggong, Perak yang merupakan kampung halaman Norhayati dan suaminya, Roslan Ismail yang tidak turut serta.

mangsa nahas terowong menora

Mengikut laporan repot trafik, siasatan awal mendapati punca nahas disebabkan sebuah treler dari Johor Bahru menghala ke Pulau Pinang yang membawa jubin mozek menghadapi masalah brek lalu merempuh Proton Saga BLM dinaiki keluarga tersebut di lorong kanan.

selfiebeforexciden

Kereta mangsa diheret sejauh 100 meter sebelum terbakar dan kedua-dua kenderaan dapat dihentikan.

KLIK UNTUK TONTON VIDEO RAKAMAN SEJURUS KEMALANGAN! >> VIDEO: Pemandu ‘BLM Dihentam Treler’ Meraung Telefon Bapa

Akibat kemalangan ini enam kenderaan lain iaitu dua buah Proton Alza, sebuah Honda City, Perodua Myvi  dan Mercedes Benz serta sebuah lori treler turut terlibat dalam pelanggaran ketika cuba mengelak tempat  kejadian.

Bagaimana pun tiada kecederaan dilaporkan. – MYNEWSHUB

REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC

Tags: kemalangan mautselfie
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd