Tuesday, June 18, 2024

Creating liberating content

Penyelia Selenggara Bangunan Maut...

KOTA KINABALU - Seorang penyelia selenggara bangunan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat...

Polis Tahan Militan Transit...

Seorang lelaki dipercayai menjadi anggota militan warga asing berusia 45 tahun ditahan Bahagian...

Pengarah Urusan Kumpulan BDB...

ALOR SETAR – Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB) Datuk Izham Yusoff,...

Covid-19 Di Luar China...

GENEVA - Sejumlah 44,067 kes Covid-19 dilaporkan di 117 negara dan wilayah di...

FAM Diminta Selesai Isu Tiket Perlawanan JDT Dan T’ganu

KUALA TERENGGANU – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diminta membantu untuk mendapatkan tiket tambahan untuk peminat Terengganu manyaksikan perlawanan suku akhir pusingan kedua Piala Malaysia antara Terengganu dan Johor di Stadium Larkin, Johor Baharu, Khamis ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Terengganu (PBSNT) Arpin Draman berkata ini kerana setelah rayuan dibuat, setakat ini PBSNT hanya diluluskan peruntukan 50 tiket sahaja.

“Sebelum itu kita diluluskan 30 tiket, itupun kita masih merayu kepada Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dan FAM,” katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai perkara itu.

Akhbar hari ini melaporkan PBSNT tidak berpuas hati kerana hanya diperuntukkan 30 tiket untuk perlawanan Terengganu menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) Khamis ini.

Menurut Arpin, PBSNT telah menulis surat kepada FAM hari ini dan berharap badan induk itu akan melihat serta mengambil perhatian rayuan PBSNT itu.

“Dalam masa yang sama juga kita menulis surat kepada JDT supaya diberikan tiket tambahan,” katanya.


Arpin berkata FAM perlu melihat perkara ini kerana PBSNT merasakan jumlah tiket yang disediakan terlalu kecil berbanding peminat-peminat Terengganu yang akan datang.

Katanya Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berjanji  menyediakan 50 buah bas untuk membawa 2,000 penyokong Terengganu ke Johor.

10387472_721704921255374_4983828265710211497_n

Sementara itu, pengendali pasukan Terengganu Abdul Rahman Ibrahim berkata semangat pasukannya sedikit sebanyak terjejas berikutan perubahan tarikh baharu perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia namun yakin anak buahnya akan menunjukkan persembahan terbaik.

Kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan dalam perlawanan pusingan pertama suku akhir di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin di sini Jumaat lepas. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • FAM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori