Thursday, December 7, 2023

Creating liberating content

RUU 355: Siapa Antara...

PADA 5 Oktober ini Parlimen akan bersidang bagi penggal terakhir tahun ini. Sidang...

Salleh Nasihat Tun M...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Penyertaan Tenaga Buruh Januari...

KUALA LUMPUR - Bilangan tenaga buruh Malaysia naik 0.3 peratus pada Januari lalu,...

Tujuh Askar Pakistan Maut...

ISLAMABAD - Seramai tujuh askar terkorban dalam serangan pengganas di wilayah Khyber Pakhtunkhwa,...

Enam Anak Kapal Bot Tunda Hilang Di Perairan Kuantan

Seramai enam anak kapal sebuah bot tunda dipercayai hilang ketika ini selepas sebuah kapal dagang melanggar bot yang mereka naiki di perairan Kuantan kira-kira 9.1 batu nautika dari Tanjung Gelang di Kuantan, awal pagi tadi.

Kejadian berlaku pada pukul 5 pagi, dipercayai semasa tujuh anak kapal berada dalam bot tunda sebelum dirempuh kapal berkenaan.

Seorang daripada mereka berjaya diselamatkan sebuah bot nelayan yang secara kebetulan melalui kawasan itu dan baki enam masih gagal ditemui.

Memetik laporan Mstar Online, kesemua anak kapal terbabit dipercayai warga asing dan difahamkan kapal dagang yang melanggar bot itu sudah beredar daripada lokasi kejadian.


Kini operasi mencari dan menyelamat diketuai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sedang giat dijalankan.

Difahamkan pihak APMM mengadakan sidang media pada pukul 3.30 petang tadi untuk perkembangan lanjut kes itu tetapi sehingga kini nasib kesemua enam yang hilang masih belum diketahui. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori