• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Pasangan Bernikah Sempena Maal Hijrah

oleh Ahmad Albab
26/10/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kemuliaan tarikh 1 Muharam 1436 Hijrah dipilih oleh empat pasangan pengantin untuk melangsungkan pernikahan secara beramai-ramai sebagai simbolik kepada penghijrahan mereka ke alam perkahwinan.

Keempat-empat pasangan berusia antara 20 hingga 29 tahun itu dinikahkan oleh jurunikah daerah Gombak, Zainal Sulaiman di Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak dekat sini dalam program Nikah Perdana sempena Maal Hijrah anjuran masjid itu.

Seorang anggota tentera Md Fauzi Md Arsad, 28, berkata beliau dan pasangannya Azili Awang Kechik, 25, seorang jururawat memilih bernikah pada sambutan Maal Hijrah itu bagi mengambil keberkatan tahun baharu Islam.

“Awal Muharam adalah satu tarikh yang mulia dan ia memberi makna baharu untuk saya dan isteri memulakan perjalanan hidup kami ke arah yang lebih baik berlandaskan Islam,” katanya.

Bagi pasangan Amir Amirul Asyraf Noor Azman, 21, dan Fatin Farhanah Ahmad Jamili, 22, pula mereka teruja melangsungkan pernikahan beramai-ramai dan menganggap inisiatif itu dapat menjimatkan perbelanjaan majlis perkahwinan mereka.

“Sebelum ini ramai kawan-kawan kami menyertai pernikahan beramai-ramai ini, jadi saya pun mahu merasai kemeriahan majlis seperti ini. Kosnya pun murah dan tidak membebankan, sesuai bagi kami yang baru masuk alam pekerjaan,” kata Amir Amirul Asyraf.

Sementara itu, Nazir Masjid Al-Khairiyah, Ir Mohd Rozi Salleh berkata pihaknya menganjurkan program Nikah Perdana itu bagi membantu pasangan muda melangsungkan perkahwinan tanpa perlu berbelanja besar sesuai mengikut syariat Islam.

“Ini merupakan kali keempat kami melaksanakan program (Nikah Perdana) ini selepas mendapat maklum balas positif pelbagai pihak. Kita anjurkan program ini bagi membantu pasangan mengurangkan kos perkahwinan di samping menyelesaikan masalah sosial yang berlaku dengan (adanya) perkahwinan yang sah,” katanya.

Lebih 500 tetamu termasuk anggota keluarga pasangan pengantin hadir menyaksikan majlis pernikahan itu di Masjid Al-Khairiyah, yang bermula 11.30 pagi. – BERNAMA

Tags: kahwinMaal Hijrah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Umat Islam Diseru Kukuhkan Iman Sempena Maal Hijrah

Umat Islam Diseru Kukuhkan Iman Sempena Maal Hijrah

27/06/2025
0

KUALA TERENGGANU - Umat Islam diseru agar memperkukuhkan keimanan dan mengambil semangat hijrah untuk memperbaiki diri serta membina masyarakat yang...

Datuk Bandar Berkahwin Dengan Buaya Betina

Datuk Bandar Berkahwin Dengan Buaya Betina

02/07/2023
0

BANDAR RAYA MEXICO, Mexico – Seorang datuk bandar di Mexico berkahwin dengan seekor reptilia betina dalam satu upacara tradisional untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd