Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

3 Kenderaan Rosak Dihempap...

SANDAKAN - Tiga kenderaan rosak akibat dihempap sebatang pokok tumbang berhampiran bangunan Harbour...

Kenderaan Tertimbus Dalam Insiden...

IPOH : Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Seksyen 27 hingga Seksyen...

Empat Cedera Bas Ekspres...

LIPIS - Empat penumpang bas ekspres Mutiara cedera ringan selepas bas dinaiki mereka...

Netizen Kecam Janna Pasal...

BARU-baru ini pelakon Janna Nick mendapat kecaman dari penonton kerana menyuarakan pendapatnya tentang...

Ebola Mungkin Jadi Tema Popular Holloween di Amerika Syarikat

Ebola yang kini menjadi kegerunan masyarakat dunia telah membuahkan idea kepada sesetengah individu di Amerika Syarikat untuk mengenakan kostum yang berkait dengan penyakit tersebut.

Berdasarkan satu kajian, tema Holloween tahun ini menyaksikan sebahagian masyarakat yang meraikannya akan memilih untuk memakai kostum keselamatan bagi mengelak dari dijangkiti Ebola.

Memetik laporan Reuters, walaupun kostum seram seperti pontianak, hantu, juga kostum bidadari masih menjadi pilihan, namun idea pemakaian Holloween juga tercetus dari isu panas di media.

Menurut Tony Bianchi, pengurus New York Costumes di Manhattan, “Kostum perlulah meniru sesuatu subjek, namun, dunia kini semakin serius. Isu ini merupakan perkara yang menakutkan.”

Pengurus tersebut merujuk kepada kejadian seperti kematian Puteri Diana dalam kemalangan dan Monica Lewinsky yang mempunyai hubungan sulit dengan bekas Presiden Amerika, Bill Clinton yang mendapat permintaan tinggi untuk kostum dari pelanggan.


Sekadar fakta, virus Ebola kini telah meragut 4000 nyawa di Afrika Selatan. – MYNEWSHUB

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori